Salam :)
Hmm, pageview aku makin bertambah. Nampaknya ramai kawan aku dah tahu link blog ni.
Alaa, lepas ni serba salah la nak tulis kat sini pasal perasaan,isi hati and sewaktu dengannya. Yelah, kot-kot la kan aku ada mention pasal mereka ke. Haa, buat naya je nanti touching sini sana. Mampus aku nak pujuk. But, aku memang saja je nak tulis-tulis kat sini pasal kehidupan and pendapat aku. Memang aku tak nak orang baca.
"Dah tu kenapa hang pi tulis kat blog?Dah memang konfem orang baca."
"Kenapa hang tak tulis je kat dalam buku? "
"Nama pun diary, mestilah rahsia. Diary tulis kat tempat public ke cik oi ?"
Yes, memang aku agree sangat. Aku tulis kat sini mesti ada orang baca jugak kan ? Boleh je kalau aku nak tulis dekat dalam buku, tapi aku lebih berminat nak bertyping-typing dekat keyboard tahuu. Seriusly, dari kecil aku suka benda-benda macam gini. Itu yang nak jadi akuantan pada mulanya. hiihi :3
So, sekarang aku dah tak kisah kawan-kawan aku baca. Bace je okehh. :P
Jangan la kondem aku sana sini pulak.
Sini je tempat aku nak luah semuanye.
And, sini je tempat aku melepaskan segalanya.
Aku pun tak perfect macam orang lain jugak. Tapi aku try jadi diri sendiri.
*******
Okeh, berbalik kepada title, FUTURE.
Hmm. Seriously, semakin menginjak dewasa ni *ececewah*, aku dah tak reti nak decide aku nak jadi apa.And tak tahu arah tuju aku belajar nanti nak sambung apa and nak ambil course apa and bla bla. Dulu masa sekolah rendah,beriya-iya gila nak jadi cikgu. Aku suka sangat menjadi cikgu. Adek aku la yang selalu jadi mangsa aku. Tak kira macam mana pun dia akan jadi pelajar aku jugak. Tapi dia suka aku ajar dia. Katanya BEST and senang faham juga menyeronokkan. Yelah. Asyik bagi coklat je lepas jawap soalan. hewhew ~
Tapi itu dulu la. Sekarang memang tersangat jarang aku main-main camtu dengan adek aku.
Bila aku dah masuk sekolah menengah, lain pulak cerita nye.
Masa form 1 aku dah decide nak ambil aliran account bila naik form 4. Sebab time tu aku rasa syok sangat-sangat boleh jadi akuantan. Duduk dalam pejabat and start caculating. Sambil-sambil tu type segala apa macam benda. HAHA :D
Realiti nya aku taktau pun pekerjaan akauntan tu macam mana. =,,=
Bila dah naik form 3, aku mula berjinak-jinak dengan sains. Sebelum ni aku benci tersangat-sangat subjek sains. Aku rasa best and rasa menarik la pulak subjek sains best and boleh menerokai kehidupan kita and kejadian alam.
**********
Masuk je alam persekolahan 2012, aku ditempatkan dalam Science Stream, (4St) kelas aku sekarang ni. Aku dah tekad nak jadi engineer pulak. Aku rasa best tengok sepupu-sepupu aku ramai yang berjaya jadi engineer. Tapi, aku lain. Aku perempuan. Fikir aku, mungkin aku lebih senang dapat kerja sebab engineer tak ramai perempuan. Aku pun tekad dengan cita-cita ni. Lagipun aku perwatakan aku ganas. So, sesuai lah. Tapi orang yang kenal aku nampak macam okey-okey je. Tapi kat rumah mereka taktau aku macam mana :P
Sampai lah aku dapat tau yang nak jadi engineer, Add Math kena mau okey.
Argh ! Aku mula tension !
Aku mula buntu nak jadi apa!
Tak tahu nak pilih yang mana. =='
Tahun depan dah nak SPM, so aku kalau boleh nak fokus dekat subjek yang wajib dapat okey kalau nak jadi apa yang aku ingin kan.
Tapi, aku terlalu buntu! Tolongg akuu ! :(
One day ni, kira-kira minggu lepas, aku borak dengan kawan-kawan aku pasal kerjaya and ramai yang nak jadi doktor. Hasil penerangan kawan aku Huda, aku rasa mula tertarik dengan bidang kedoktoran ni.
Tapi satu ja, aku tak berapa nak okey iaitu, Bahasa Inggeris.
Okey-okey je gred selalu aku dapat. Tak superb punn.
Tapi, nak jadi doktor ni kena pandai BI selain Biologi. Ye lah, BI tu penting sebab dia universal.
Hmm, so aku taktahu future aku macam mana.
Tak leh nak decide lagi. :(
Hmm,
Ah, banyak lagi aku nak tulis ni. Tapi tak pa la.
Dah panjang dah. Rimas plak.
Okeh, wassalam.