Saturday 7 December 2013

Special one~

Assalamualaikum. Haih, dah 3 hari tertunggak nak cita something. hum tapi mood tak datang la pulak.
Tak tahu nak mula macam mana entry 'Special One' ni. Taaapi, yang pasti memang ada someone yg special dalam hatiku ini buat masa sekarang. :p Hehhe. Tapi maybe next time*entah bila* baru nak update pasal dia. Hee. Kena take time sikit sebab it's gonna be a longggggggg story. #maybe
hehe tau dak sebab ape aku kata maybe? sebab hal peribadi tak perlu canang satu dunia kot :p hee. cukup sekadar bayang-bayang nye sahaja.
choppp! Nampak tak permainan aku dari tadi??? nampak tak dari awal entry takde point apa langsung entry kali ni. ngeh3 ! agagaga :p Next time la. Takde idea lol :p cuma gagah nak post sekarang sebab bosan tak tahu nak wat pe. Huhu k Wassalam :)


p/s: menunggu si dia pulang dari keja. :p
Humm, laparnye. Nak gi cekidaut pasarmalam kejap la~
papaii :D

Monday 2 December 2013

spm'S story 1

Assalamualaikum,
something was wrong yesterday. semua yang aku buat tak kena. Ada saja salahnya. Hurm. Maybe Second Child sindrom? tahu ke apa tu? tak tahu? gi search pak cik Google now! :p
hehe. :3 forget about that. Taknak citer pasal tu. Tak menarik okey :D

*****

Tanggal 6 November 2013.
pagi tu aku tak rasa nervous pun nak ambik exam. Entah. PMR nervous lagi barangkali? :p
hehe:3 so kami pun masuk ke dlm dewan pagi tu.
Cikgu bagi2 taklimat apa2 semua tu, baca doa then naik ke bilik peperiksaan.
Lepas kertas di edarkan, pengawas tu pon suruh bukak. Bismillahirahmanirrahimmmmmmmmmmmmm~`!

Gulp! tertelan air liur aku sebentar. Perghhh! Soalan spot satu pun tak kena weh. Gelabah daaah!
aku pon dh rasa out of blue :3 #poyo sebentar :p ngeh3.
decide punya decide, aku pilih nak buat rencana. pasal apa ntah. Lupa plak kitew. Hehehe. Dah sebulan wei. Mana nak ingat :p
"Masa dah tamat. Berhenti menulis"


habis je for kertas ni. kami pun sembang2 kejap di luar bilik exam. Pergh. Semua pakat bercerita pasal ketidakpuasan hati masing2 dengan soalan. Tup2 ada kawan aku sorang cakap, 'Rencana kena ada tajuk and by sapa2. ' Punahhhhh!!!
Abeh dah paper aku weh! Salah format. Hemm. Tapi nak wat mcm mana, dh buat dah pun, and tawakkal je. Tunggu result je nanti. okeh. Sambung nanti. byee.!~

Saturday 30 November 2013

Alhamdulillah! :)

Salam.
Hoooooreeeeeeeeey! dah bebas! hee. Actually dh dekat seminggu dh aku habis exam :D
Hee. so far okey la. Walaupun macam2 dah berlaku, tapi tak sempat nak cita kat sini semuanya. Huhu. Takpe2, lekluuuuuuuuuu. Banyak lagi masa boleh update hehe. :3
By the way, nak cakap pasal exam haritu, eemmmmm not bad la. Target? 5a ja :( Sebab subjek sains aku rasa memang takleh pi. Soalan paling susah Kimia. And senang lak, sejarah #maybe. Tawakkal saje sekarang. Apa-apa pun result aku terima nanti, aku redha saja :') Spm bukan penentu segala-galanya right? Tapi kita sebagai pelajar, mesti lah nak yg terbaik kan? Kan? Huuu.. Hee.. Okey.. Till the next entry. Wasalam :)





Tuesday 24 September 2013

bahang SPM

Salam.
Blog belum di kemaskan. Tapi ntah napa tetiba harini aku rasa nak meluah.
btw, skrg ni aku rasa zero sangat-sangat :( Aku taktau nak buat apa. Aku rasa down sangat. Aku takut sangat nak SPM. tinggal sebulan lagi ja. Mampu kah aku buat ? Mampukah aku bagi parents aku bahagia? :'( Aku tak kuat. Aku takut tak mampu buat :(
Aku nak dpt result elok2 gak ! nak masuk Matrik! taaaaaaaaapi aku lemah sangat weh. Aku takut lepas result spm ni, aku tk layak masuk apa2. :(
addmath selalu sgt dah aku fail. mcm na nak dpt Matrik! lagi sebulan ja wei! Mampu ka aku nak ubahkan Addmath tu bagi dpt A ? C pun payah aku grab ! :( aku malu ngn kawan2 aku...
btw, result trial baru ja keluar harini. Aku target for trial 5a 4c utk permulaan.
and, and, and you know as usual aku fail lagi :(
AKU DH MULA TAK YAKIN AND KETAQ NAK AMEK SPM!!!!!!!!!!!!!!! MCM MANA NI WEI?? :/

Aku hanya dpt skor 3A ja for trial neh. AND FAIL DUA subjek iaitu addmaths and fizik! :(
Serius nak nangeh bila dpt result tdi. aku tahan ja dlm klas. :(
tapi aku tak terkilan sgt sbb aku usaha last minit. HMM, Yg sbjek lain tu aku kutip B,C,E.
aku lemah weh! ! mcm mana ni.........


takpa la, doakan aku :(
harap aku bleh buat yg habes baik nanti. bye, SALAM. :')

Tuesday 13 August 2013

BLOG UNDER CONSTRUCTION

SALAM. tengah dalamproses mengedit blog ni yang buruk bebenor.take timesikit sebab nak spm dah.malas nak fokus kat blog. in SHA ALLAH lepas SPM maybebaru pulih blog ni. kbye!

Friday 7 June 2013

Santai Sebelum PERANGGG!!!!!!!!

: PERHATIAN,entry kali ni memang panjang PENDEK gila! :


Assalamualaikum. Yaa. Harini dah sabtu. Lusa dah start sekolah balik!
Hm. Maka bermulalah lah Semester yang kedua bagi aku ni haa! Ajeh! bajet la haku nihh. hahha. Dok buat serupa aku ni budak U. HIHI. Btw, aku memang dah tak sabor sangat2 dah nak masuk U. nak sangat! HEI! spm dulu WOI! :D


Hmm. so, cuti 2 minggu ni, aku rasa input yang aku dpt dari study cuma datang dari extra class yg teacher Addmath aku je. Yang lain tu aku dok perabih masa ja hari2 dengan online. 
Hmm. Cuti ni biasa je aku rasa. Cuma aku rasa syoks sebab takda Homework! YEAY!.
hihi. :3

Result Ppt dah banyak yg dpt. Again, aku fail Addmath! Aduhai. Macam mana la aku nak Spm ni. 
So,entry harini takda apa pun. Just nak santai2. And nak story mory pasal cuti kali ni.

Okeh. apa aku buat sepanjnag cuti ni eh?
Jommm flashback balik. Hewhew~


Minggu first, nasib aku tak berapa baik. Aku demam. Habis berjangkit satu family. So, minggu tu aku attend kelas tambahan math sehari je. Boleh tahan la kelas tu. Tapi di sebabkan aku rimas dengan selsema and malas nak belajar, so, aku takmai dah hari2 yang lain. Astuu, minggu tu macam besa, cuti2, mestilah aku tolong mak aku berniaga. Dok rumah pun bukan buat apaa, online je. Tak keluar gi mana2 pun dengan kawan2. YE lah, demam. Nak ronda apanya kan. Huhu.Cuma keluar dengan family je gi jalan2, makan2, and santai2. Huhuhu.

Second week,Alhamdulillah aku dah okey. Hari2 aku attend kelas addmath. Hmm. Okey la. Sbb boley jumpak kawan2 right. Nasib baik teacher ajar silibus yang senang sikit. Kalau tidak, memang aku tak pi dah ler. HEHE.

Then, rabu baru ni aku and the geng pergi Jusco. Lepas kelass Addmath teros kami fly. TUDIYAAAAA ayat aku. ish2. Kami pergi 8 org act. Tapi, tiba2 HUDA kena cancel last minit pulak. Sob2. :"(
so, kami go on je laa. Sebab dah rancang lama dah. Dari sebelum cuti lagi haritu. ekeke. aku ingat gi, 

punya kecoh la kami. Hahaha. Dari depan rumah aku kami kumpul sampai la ke dalam Jusco, tak
 

habis2. HAHAH. banyaak sangat moments time dlm Jusco tu. Tapi aku tak larat nak cerita la. HAHA. :D

kami pergi tengok Wayang citer ni!


Main redah je kami pilih.HAHAH. tapi citer ni best. sumpah lawak gila. Tak caya? pi lah tengok. Then kami gi makan kat Restoran Ayam Penyet! HAHA. Time ni memang best! sebabnye........ adalah! hanya kami2 yang pi saja tau :D
Lepastu kami gi popular,jalan2, window shopping and gi beli something yang sama! Sebagai kenangan lol. Ingat senang ke nak gathering camni. Hohoo. Lepas ni maybe dah tak juumpak kenn? SOB2.~


Dekat2 pukul 6 camtu, kami pun bertolak pulang. Ayat cannot go gila! AHA. kami gi 7 orang. 4 naik moto.3 bonceng. Lek2, kami bukan minah rempit. Dah ada lesen ye idok? Naik jelaa. Kan senang. Tak payah susah parents kitaorg. Huhu.

Apa-apa pun memang tercipta satu lagi kenangan dlm life aku dengan depa semua ni. hewhew~

Inilaahhh muka2 BUTTON'S GROUP ;"D
muka-muka bakal SPM tahun ni! (KIRAH,ZATI,ATIN,ECAH,DAYAH,WANI)















So, esok tu kami gi kelas Addmath cam besa. AND, life aku pun macam tu je. Nothing changes. Online ja kerja aku hari2. Huhu. Lalai gilaa. Petang2 kadang2 gi ronda dengan kawan2 aku ni! SAYANG depa!


Next day, fazilah ajak jumpa kat Mcd Alma.
Lepas gak rindu kat dia nih. Hope ukhuwah ni berkekalan. ini diaaaaa~





HAHAHA. apa-apa pun. Ni semua santai-santai sebelum gi berperang.! Lusa dah start sekolah. And lagi 3 bulan dah trial. Aku takmo fikir apa dah pasal result ppt. Biar lah. Sekarang cuma nak fokus kat trial. Lepas ni kalau boleh takmo dah online2. Tapi wifi ni suka hasut! HMM, rasa cam nak suruh parents aku potong je. Tapi kadang2 nak guna gak.

Huuhuu. okey la. Maybe ni post yang bakal terhenti buat seketika selepas ni. Huhu.
Okey, Pray for me. Wasalam. Nak gi spare barang2 nak bawak gi berperang! Bye! :*

Friday 24 May 2013

Hurmmmmmm bosan!

Assalamualaikum.
Haish. Bosan nya cuti sekolah ni. Dah la cek demam. Takleh nak keluar gi ronda2 ka gi libry ka. Emmm. Harini aku update dua kali teroih. Sebab apa? Sebab bosan sangat! Taktau nak buat apa?
Study? Ohnonono. Takmo2. Malas and lagipun aku sakit kepala gila. Berat ja aku rasa ni. Taktau napa. Hohoho,act aku lapar gila neh weh. Teringin nak makan cucur! Cucur apa pun boley!






Tengok ni! terliur tak. Besa la kan. Aku pelik sikit dari orang lain. Selalunya orang demam tak lalu makan. Tapi aku nih jenis terbalik lak. Selera bertambah kut bila aku sakit. HAHHAH. Apa yang lawaknya? ERRRR.


k,lah salam. Satgi nak pi beli kat pasarmalam. Huhuhu.

p/s: Kawan, sorry nah kalau hang terasa dengan aku. Aku minta maaf sangat.
  -act, hati aku dah sejuk dah :) HEHE.

Sad :(

Salam. Hmm. Pening nya. Pening gila punya kepala aku nih. Demam. Nak tidor tpi cam takmau mau.
Hmmm. And a little bit geram dengan someone ni. Biar la kat diaa. Orang bagitau nak marah. Cer open minded sikit. Hm. malas aa nak pujuk. Dah la aku tengah tak sihat.
SALAM. go flow ja apa yang bakal terjadi lepas nih.
again, Sorry weh. Aku bukan saja nak sakitkan hati hg. Tapi cuma nak selamatkan hg dari menjadi bualan org and takmau hg jadi cmni. Aku tau aku pun bukan baik pun. Memang tak baik pun. Aku pun mengaku aih. Emm. kbye.

now, i get it

Salam.
Hidup ni saling memrlukan right?
Tanpa family, kita sunyi. Tanpa, kawan2 pun kita sunyi.
Tanpa Allah, DOUBLE KITA SUNYI.

So, kita kenalah cari pendekatan untuk mendekat perhubungan ini agar tidak terputus. :)


Mood: Bosan gila cuti sekolah ni.
Rasa macam nak demam pun ada. Oh nonnono.
k. salam .

Wednesday 22 May 2013

Cerita Kelasku

Assalamualaikum.
Yehaa. AKHIRNYA exam habis jugak -______________________-.!!
Sorak sikit wei!*
Hoho. First time fizik aku dapat TH. Cikgu tak bagi buat. Haritu time exam aku takmai.
Whatsoever. Tak kisah sangat pun. Kalau buat, fail jugak. Ramai kata exam Fizik la paling payah dlm semua2. Ahhhhhhhhhh! Dah! aku bukan nak story pasal ni. Entry kali ni pasal .............Member Kelasku! Huu. okey, entry kali ni agak panjang. so, ia takda problem bagi sapa2 sebab aku sorang ja yang nak baca and simpan kenangan aku menulis ni right?  :D k. sila scroll.


TETTttttttttttttttttttttttttttttttttttt;          ,                ,                            ,
,
,





,
,
,





,
,,,,,,,,,,,




,


Okeh. Let start it! :D
hm. Kelas aku bernama 5ST!. SAINS TULEN/TEKNOLOGI.
lol. Apa sey formal pulak nih. eRHHHHHH. hm. Azano nak start nih.
Okeh. act aku nak story pasal karakter2 member2 dlm kelas ni.
Orang yg paling first aku nak cita ofkos lah member paling rapat sekali dlm kelas aku merangkap BFF aku :D                           INI DIAAAA!


Comel kan? :* hehe. dia BFF itew.. *yucks bahasa i* Hmm. aku panggil dia kirah ja. Kadang2 peah xD. haha. Dia baik. Major in maths :D , dalam semua2 yang dok ada dalam kelas aku, DIAAA lah yang paling sekepala dengan aku! And lebih memahami :D Hidup aku happy weh kawan ngn dia. :D
Sayang dia. Dia lah sahabatku dlm kelas ni. Hope sangat nanti lepas SPM, aku dapat further study dgn dia and sorang lagi bff aku, Nazihah di tempat yg sama! INSYA-ALLAH, semoga ukhuwah ini akan berkekalan :)

Tapi, sejak2 dia ada special one ni, hubungan aku ngn dia adalah sikit2 dah jauh sikit. Takpaa. Aku faham dia. :')

 NEXT,
 IZZATI,AISYAH,WANI
Sedar tak sedar, depa atas ni dah menceriakan hari2 ku dalam kelas ST. Kami start rapat tahun ni. Jujur aku cakap, aku rasa free sgt bila kawan dengan depa ni. Sporting abeh la! Gila2. Mereng! Selalunya time cikgu takda, kami selalu dok satu group, pastu sembang2, buat bising dlm kelas. hehe. Sehingga menyebabkan sesetengah org rasa annoy. Kami selalu sembang merapu2, pastu cita pasal kenangan2 yang dulu and pengalaman masing2,! really enjoy! masing2 nak cita story depa. Have lot of fun with them SERIOUSLYY!
hahaha. Poyo je depa nih :P






They really make my day :D ! hope lepas SPM, KITA STILL BOLEH CAMNI :D love uolls!




Next, TAK rasa cam complete la kalau dlm kelas tu takda org yg berlainan jantina right? HEHHE. Depa ni laaa tukang karut/MERAPU/hingaq/kutuk/gila/annoying dlm kelas kami :D
sapa lagi kalau bukan lelaki kannn. HUHU. hmm. Dlm kelas aku, ada 6 orang ja laki. HAHAA! spesies yang semakin sepupus! 3orang pengawas and 3 orang pelajar biasaa. Let me introduce to youuuu.

SCrooooool down plishhh!



*

Acano? Ada nampak macam ciri2 imam muda tak? :D
HIHI. Nama dia afwan. Budak paling tak betui/hingaq and pen-CERIA kelas kami. Sunyi ja rasa kalau tak da dia. HAHAHA, perangai tak penah-penah nak matang!:D
tAPI, apa yang aku boleh jamin kat hmpa pasal dia, dia ni baik oo. bagi aku dia lah budak lelaki yang paling baik dlm kelas aku and merangkap budak skolah Alma. Seorang yang sangat humble ;')

HAHA, kalau dia tau aku ckp cmni, konfem kembang setalam :D apa-apa pun, hope lepas spm ni kita still kawan and hang tak lupa aku afwan oi. DIA ni kalau nasyid, taranum, suara merdu gila. Percayalah. Pasti tergugat kaum hawa di luar sana :D HAHAHAA.


























*haaa! Dia ni plak ketua tingkatan KAMI! nama dia HAMIRUL!
Dia ni aktif gila dlm sukan. bolasepak,olahraga,softball,takraw semua tibai kat dia!:D hoo. Merupakan seorang yg bertanggungjwb. Maybe sebab dia anak sulung. Hmm, tapi dia memang baik pun :) Tapi satu jaaa perkara tak bapa nak cun iaitu Sensitif. Dia sgt2 senang terasa. Macam perempuan dah kadang2. Hati lembut bukan mainn. Hohoo. Apa2 pun, hopee dia berjaya further study kat tempat yg dia nak lepas ni! :D aminnn.












Cak! Sapa plak dia ni ? nama dia ni Aslam.
Hmm. Aku tak rapat sangat dengan dia. Jarang bersembang. Dia ni bertugas dgn aku time perhimpunan. Kalau ada apa2 masalah speaker, HAAA nilah orangnya. HOHO. Kalau bab2 bina badan ni, semua dapat kat diaa. Kaki workout kut dia ni. hahaha. :D
Hmm. seorang yg responsible and serius.Orang yang tak kenal dengan dia, mesti ckp dia sombong. Dari luaran memang YA. Tapi sapa yg rpt dengan dia, hmmm hampeh betol. Sama ja. Kaki merapu jugak. Sekali keluaq ayat dari mulut dia, perghh boleh tahan gak pedasnya. hoo. Tapi aku tabik la kat hg, sebab dah berjaya kurangkan berat bdn dari yg dulu. Banyak kut beza dulu dgn sekarang.  Huhuhu. apa2 pun hopee hg berjaya dptkan apa yg hg cita-citakan :)







* SETERUSNYA,

    Dia ni budak paling pendiam dalam kelas aku. Pendiam2 pun tak boleh kira sangat kan ? Aku tak rapat pun dengan dia. Just biasa2 ja. Nama dia AIMAN. Dia ni aktif dlm sukan gak. Tapi dia pendiam sangat. Tak bergaul dengan orang. Hmm. Mungkin malu kut. Maybe la. misteri itu adalah dia. HAHAA. dia nia agak pekemas,and suka buat lawak. Tapi wit and wan suka ckp dia buat lawak tak jadi. hahhaa. betul ke ? agak2. heeeeee. apapun2, hope dia maju jaya lepas SPM ni. Takmau sombong-sombong dengan orang luar ye.
















Next, *
YANG NI AKU GABUNG TEROS. MALAS NAK TULIH PANJANG2. heeeeeee.


Yang atas ni nama dia Wirawit. Nampak macam melayu ja kan ? act, dia siam+cina. Dia la budak lelaki yg paling pandai dlm kelas aku. Hmm. yang tepi ni plak nama dia Wan syafiq. kami semua panggil Wan ja. Depa dua orang ni kawan baik. And merangkap pengawas lelaki senior di sekolah kami. HUHUHU. Depa dua orang ni bukan boleh duduk sekali, Boleh jadi kerja dibuat depa. HUU. Nakal+gegeh+lembik(:p)+poyo=wit n wan.
Depa ni suka sakat org and kutuk. Tapi aku tau depa melawak ja. Kadang2 kasaq gak cara depa melawak. Hewhew. Hmm. apa2 pun. Hope dah kawin nnti tak lupa jemput aku. Sebab depa dua org ni pandai sungguh ayat pempuan. XD

,
,
,
,
,

,





, hAAA. tulah cerita budak lelaki kelas aku. Macam2 perangai ada. :D Selain depa ni, ADA lagi  special PERSONS dlm kelas aku. antaranya, depa dua org ni.

Depa dua orang ni lah satu-satunya Non-muslim girl dlm kelas aku. Yang purple tu Kanesh. Yg hijau tu ROSHNI. Hahaha. Macam2 story depa nak cita bila bersama. :D
BAIK itu mereka. depa tak lokek ajar aku if aku tnya APA2. tak sombong itu pasti. hohoho. okey, hope i will meet uolls one fine day later :)





Tak lengkap kelas aku kalau aku tak masukkan Person2 yang seterusnya ni! :D
Depa ni merupakan rakan2 seperjuangan ku dlm lembaga pengawas and baka-baka kelas 3AG masa lower form dulu :D Depa ni sentiasa in one group. Apa-apapun sekali. Berbeza latar belakang. Tapi mempunyai cara pergaulan dlm persahabatan yang sama.



_---------------->MIRA,AINI,PIKAH,AZFA,AMIRAH.







COMEI DAK? hiihi. depa ni peramah act, tapi certain2 pelajar ckp depa agak sombong dgn org lain. Maybe? HMMM. aku okey ja dengan depa :)
Hanya orang yang rapat ja tau depa macam mana. The realsss. hooho. Apapun gudluck la kat hampa semua ni. Kawin jgn lupa jemput.XD. And nanti dh besaq jgn lupa akuu :( Hope kita semuaa dapat further study sama-2 :D
Love uolls. muahh :*


Last nak story, ni haaa budak dua orang ni.
Mira and Huda.
Merupakan pendengar masalah aku yang sangat best! Aku suuka buat perbincangan sihat dengan depa.. HEHEHE. Perbincangan la sangat kan. hahaha. lebih kepada sycho actually. Dalam semua2 budak dalam kelas aku, aku rasa depa dua orang ni jela yang ada fikir matured terlebih cam aku. Kami suka kaji kehidupan,attitude and masalah org sekeliling. we like to syche and discuss. And take it as motivation ;D haaaaaaaa. pelik dak? TAKKKKKKKKKKKK pun! :) Apa-apapun sayang hampa :*




















Last but no least hehehe,
YANG ATAS TU nama dia SHAHIDAH. 
Dia merupakan bendahari kelas kami dari tahun lepas lagi. Tukang kutip duit. ahahha. ALONG2. tegas oo dia ni. tapi dia baik :)

Yang bawah tu pulak adalah hanani and izzati. Depa dua orang ni masing2 dah ada pasangan. ECECE. lawa kan. Hohoho. depa ni duk sekampung ngn aku :) baik, and sekepala :D
hopee ampa boleh do well in SPM :)! chaiyok2.
So, itulah kisahnyeee budak kelas aku. ada sorang lagi, Zahiraaah. Tapi, aku takde pic diaa. dia pendiam and baik ! :)

Macam-macam cerita yg terkandung dlm kelas baru aku ni selama dua thaun. Sampai tak
cukup ruang nak story. Sampai bila pun tak abeh. Hohoo. Harap-harap ukhuwah and persahabatan kami sekelas akan kekal untuk selama-lamanya :D ! AMINNNN!. and Semoga Kami semua berjaya dalam Bidang masing2 lepas ni!












Pengakuan: Aku sayang sangat-sangat depa semua ni! :*    <3 <3 <3!!
                      Batch ST '12/'13

k,Salammm.:)

Tuesday 21 May 2013

Exam ?

Assalamualaikum.
Entry kali ni pasal exam.
Act, aku tengah dlm mood exam. Exam for mid-year. And exam ni adalah percubaan pra-SPM aku yang pertama.  Hmm. Camna ngn exam ? Apa yang aku boleh rumuskan kat sini, exam kali ni la yang palingggggggg PAYAH  aku kena hadap :/
Subjek teras okey ja. Subjek elektif ni yang payah nak mampos ni.

Monday 6 May 2013

Ulamak yang di sayangi :')

Assalamualaikum :) .



Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.



p/s:
Kekalahan yang bermaruah. Allah ja yang Maha Mengetahui :')

  btw, Syok gila konvo semalam dengan family masa pru :)
Tunggu PRU-14 nanti turn aku plak undi! :D

K,wasalam.
Takbir!

Saturday 27 April 2013

Tapi bagaimana

Assalamualaikum.
Lamanya tak update. Hmm. Ni pun sbb weekend and guna lappy kak aku.
So, apa aku nak cerita kali ni erk ?
Hmm. SPM? ahh. tak berminat, sorry.
HA! Dua hari yang lepas aku baru balik dari kem PKBM Laut. 5 hari 4 malam.
Syok jugak lah. Huhu. tapi agak boring sebab banyak gap time.
Hmm. Dalam 1 platun yang pi tu, kami 3 orang ja perempuan yang pi. Aku, Syakirah and Izzati.
Sekolah lain semua bawak geng2 perempuan banyak3!
Rata2 peserta2 lelaki kat sana semua muda dari aku. f4,f3,f2. Form 5 bapa kerat jaa. Tapi yang muda2 tu mak aii macam senior ja aku tengok! Matured gila baq hang! Duk dua 3 hari baru tau depa tu junior ja. HUHU. SO, ni gambarnya. Rindu la plak kat kem :')

                                                                         
                                                                     ********

Hmm. sofar, life aku macam biasa ja. Study masih terabur. Minggu depan dah exam Ppt. Hope kali ni lebih okey la dari Uk. Uk haritu aku down kut. Hmm. Lusa nak gi kem pengawas plak. Malas nak gi sebab ada certain2 hal yang tak puas hati. Argh. Packking barang tengah mlm esok la. Tak semangat je nak pi rasanya. Nak tau napa ?????
HMMM. Ada la. Geng tu. Geng yang suka overshadow.
Dah la. Biar la kat depa. Bila depa nak sedar pun tak tau la.

Cerita pasal kelas plak, kelas aku 5ST, sekarang ni cm haru biru plak. Berpuak wei!
Napa jadi cmtu pun aku taktau. Sama2 ego camtu lah jadinya. Tengok aku, okey ja. Universal ;D
hmm.
okeyla. Tuja kut. Hope semua baik2 sajaa. Till next entry.
k, salam.
sorry kalau silap.
:)

Thursday 11 April 2013

first April

Assalamualaikum,

Hmm. Tak dak hal penting yang nak di kongsi harini.Just nak share pasal hal peribadi ja.

"Hal peribadi tak payah canang satu duniaa"
Ya dak? :)
Takpaa la :')
Blog aku ni bukan ramai pun tau. So, tulih pi la.:/
Hmm. -----------------> 1/4/2013
YA. Beberapa hari yang lepas, rahsia aku dah terbongkar. Aku kena usik dengan kawan2 satu hari weh.
Maluu. Malu and malu gila. Huhu.
Rasa maruah dirobek ada gak. Tapi nak wat camna , benda dah lepas, reda and hadap je laa.
HMM. Tapi, dari luaran aku wat bodo ja.
Hmm. Macam nothing happens. Pandai dak aku simpan perasaan ? :p
jeh3. takdak apa pun.
HMM. takleh la aku gitau dengan detail pasal apa rahsia. tu. Kantoii la nanti.
HUHU.

hihi. apa-apa pun, benda yang berlaku ni mengajar aku supaya, bukan semua orang yang kita betul-betul kenal, boleh percaya an? even kawan sendiri. huhu.
Takpaa-takpa.
Aku tak buat serius pun benda ni. Saja nak tulih. HUHU.

Okey, salam :)

p/s : Nasib baik dia tu okey ja ;)

Thursday 28 March 2013

Farina DAY :'D

Bismillah. -------------------->    28-03-2013
Assalamualaikum.
Haa. nampak dak tajuk ?
Awat hari farina plak. Yang kita semua tau Isnin-Ahad ja right ?
YAA.
tak lawak = ='
hihik. *gelak comel*
muehehe :3

So, back to the entry. Hari ni hari aku! Ya ! Hari aku! Napa hari aku ? Sebab Alhamdulillah harini aku rasa HAAAAAAPYYY sangat!.
Nak tau sebab apa ? First, pasal hati dan perasaan. *faham-faham je la*
SECOND, homework tak siap lagi! eh? happy ka? :D

Hmm. Apa-apa pun lebih kepada soal peribadi la. So, aku conclude apa yang terjadi harini mesti ada hikmahnya. Allah bagi aku kebahagiann harini mesti bersebab right!
Orang cakap takleh seronok sangat kan ? Mana nak tau kesedihan pulak melanda lepas nih. MUNGKIN lah. Sebab lepas ni result exam, exam sejarah paper 3 and so on. And banyak lagi kebenaran-kebenaran akan tersingkap.
Hmm. Harap semua benda tu tak terjadilah dalam masa terdekat nih. :)
Tapi, ya Allah. memang aku happy sangat harini. Huhuhu ~
ALHAMDULLILAH :) Syukur.'
'
''
'
'
'
'
 Now! Aku sedar banyak sangat dah aku ketinggalan weh! Dah nak masuk bulan 4 dah isnin ni. Espiyem masih huru hara!. Homework pun banyak tak siap lagi.
Mulai harini, aku cabar diri aku takmau bukak laptop *internet* sampai la sem break.
insyaAllah. kadang-kdang aku ni bukan boleh pakai gak. hehehe.
Takpa, aku akan cuba.
Demi masa depan aku! Demi mak ayah aku!
Demi Allah!
Aku akan sahut. Walaupun tak bukak, jarang2 tu boleh la noh kalau nak tanya apa2.
Aku dah terlalu addicted dengan fon. Ber-fb memanjang!
Hhuuhu. Yang tu saja kut. Hhi. lepas ni lambat plak la aku update. Takpaa. Aku sorang ja baca :)

 k, wassalam :)
p/s: Rindu sangat dengar dia ucap Assalamualaikum kat aku :')


Now, 

Sunday 24 March 2013

Cerita yesterday :)


Okeh, Assalamualaikum :)

Semalam aku pergi kem. Kem ni diberi nama ap ntah. Tapi pasal kepimpinan lah. So, setiap unit beruniform kena hantar wakil lah. Aku wakil Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM(LAUT)).
Aku and Syakirah je perempuan dalam group tu. Er.

So, how that's camp ?
Let's begin the story.

Humph. Bagi aku la kann. Kem yg kelmarin aku pi tu tak best tara mana pun. Sebab nya cikgu yang handle tu tak syok langsung cara dia kendali program. Serious BOSAN gila!
Tak tau la orang lain macam mana. Tapi aku tengok kawan aku Izzati, and Syakirah happy gila semalam. Yala , orang yang depa suka ada sekali. HAHA, angau nak mampus punya la depa dua orang tuh. hihihi ;3
Aku ? HMMMM. nothing. fullstop. lifelesss. boringless, lonelyless.
HAHA. merepek. Tapi seriusly, buhsan. Tak syok pun. Banyak jugaklah aktiviti yang kami buat.
Paling rare aku rasa explorace lah. aktiviti tu ja yang boleh bagi rating program ni naik sikit. ECECE. Tak ley blah la ayat aku :p
ah , ignore it okeh :D

hah! Hmpa tau dak, habis satu badan aku bau teloq! Teloq ayam yang dicmpur bersama kunyit, tepung and blablala and di celek dimuka ku! Ah, sungguh wangi! punya hanyir la bau! Err. Habis kotor baju. Dah la kena crawling kat atas pasir belumpur. Tapi, okeh la. Menarik kat situ ja la.
Nama pun camp kan. Huhuu. 

HAA. Sebelum tu, kami buat aktiviti memasak jugak ;D
Mula-mula ingat aku and kirah la kuli yang kena masak.
Tengok-tengok geng2 laki supporting gila lah. Depa yang banyak buat dari kami. Overshadow aih. Tergugat kedudukan kami sebagai hawa. Hehhee. So, inilah hasilnya.


NASI AYAM KRIUK-KRIUK :D



Hmm. Nampak sedap kan ? Memang sedap gila punya :p
hahahaha :D

So, that's it.
Camp habis dekat2 pukul 7 gak la. Balik tu, mandi siap semua, pi pasarmalam ngn kirah!
Tak sampai 10 minit , nmpak gelap dah langit. Teros laju2 jalan pi kat moto and balik. Masa otw balik, hujan mula rintik-rintik. Langit time tu memang gelap gila. Tambah dengan nak magrib dah.
Guruh apa semua, Dengan pokok berayun sana-sini.
Kirah teros pecut laju! Sampai lah kat jalan, takleh nak lintas sebab bnayak keta. Time tu la hujan teros lebatt! :( Habis basah :(

Then, lastly sampai gak rumah kirah ;D
Kami pun masuk dlm rumah.
Oh ya. Aku tidor rumah kirah semalam. Teman dia. Family dia takda. Balik kg! So, malam tu kami ber-enjoy bercerita smbil makan makanan yang kami beli kat pasarmalam! HEEE :D
The end. Ah. Tak larat tulih! >.,< .

Haha. Menarik ka tak ka, tak kesah punn :P

So, itu la cerita semalam.
k, Wasalam.

p/s ; Sedih sangat sebab kawan aku pi bukak rahsia aku kat orang lain :(
         Rahsia tentang siapa yang aku admire.
         jatuh maruah aku :(

        

Friday 22 March 2013

Sembang-sembang :D

Assalamualaikum pembuka bicara.
HEHE. mukadimah ikut ayat buku plak dah. =,=

Hmm. harini Jumaat. Last day sekolah. Start esok bermula lah cuti sekolah
Yeay! HUHU. *takda beza pun cuti ka tak*

Hmm.
Tak tau nak tulis apa. Disebabkan bosan. Tulih pi la noh.
HUHU. study takmau langsung.
Ha! Cakap pasal study, semua result untuk exam dah dapat dah and you know apa aku dapat ?
HMM. pencapaian kurang memuaskan berbanding tahun dulu. Mungkin sebab aku takda semangat and tak study langsung! Result besa2 ja. A+  kali ni takda. apa laaa~ 

Uk1 pun takleh skor :(
Fail takda.. Boleh tahan la ngn usaha kecil yang aku buat. huh~

BOLA JARING ?
dah lawan haritu and sampai suku akhir ja pastu kalah.
u-15 dapat number 3. Kami u-18, hehehe. Naib johan kumpulan je :p

Yaa, lupa plak. esok ada kem kepimpinan kat sekolah. kem untuk unit beruniform. Sehari suntuk. Aku PKBM, Group aku ada 2 orang ja perempuan iaitu aku, and Syakirah. Pergh, Habuan memasak la kiranya.
Phewww~
Hmm. Kan best kalau ada orang yang aku suka dlm group aku. HOHO. aku akan masak elok2 punya arh! haha ;D :P *Tetiba gediks. oppps! hehe* 


HMM. so, aku harap esok best la , tak macam
apa yg aku fikirkan.
Dalam fikiran aku nih, esok cm tak best ja. Kalau ikut aku malaih nk join. Tapi tk pala, experience last kat sekolah. Sijiiil woi! tu yang nak !
HOHO. so, tunggu entry seterusnya.
Hmm. rugi takleh pi tuisyen esok :(
Nak belajar!! ait? hehehe.
SPM2! hehe . Kenyit mata sikit *_^

k,Wasalam. Doa di permudahkan oleh-Nya ye :)

Saturday 16 March 2013

ALHAMDULILLAH :)

Assalamualaikum.
Rindu gila nak tulih. Akhirnya boleh jugak bukak. Act, aku lupa password :(
Ni boleh bukak pun sebab  Google yg remind.
kat laptop ni ja aku boleh nak on blog.
Kat lain, aku tak boleh bukak. Tak ingat password! arghh! :(
HMMMM. dah2...
,
,
,
,
,
Tarik nafasssssss.
Hmuuuuuuuphhhhhhhhhhhhhh!
Lepassss! Fuhhhhh!

Hari ni Ahad.
Semalam kat sekolah aku ada merentas desa and jualan persatuan. BTW, persatuan aku iaitu Persatuan Sejarah, kami jual air gas,aiskrim float ngn bebola ja.
Tapi, laku gila baq hang!

Punya laris la. HUHUHU.
Alhamdulillah. :D
Gerai lain duk jual, kami dah boleh rehat dah. Sebab habis memang awal gila lah!

Tahun lepas pun macam tu gak. Tapi bila fikir-fikir, persatuan kami bukan banyak member(ahli) pun.
Tapi, ramai ooo orang mai beli.! ;D
ekeke. nidiaaaa gambaqnya :D




Hehehe.
Okey, berbalik kepada merentas desa.
aku, Syakirah, Nazihah and Huda, kami bukan lari pun.
Kami ronda naik moto. Huda PBSM, so aku bawak dia naik moto, tinjau-tinjau kut-kut ada yang pengsan. HEHEHE *Alasan*
Syakirah and nazihah follow belakang.
EK? cikgu tak marah ka ?
LAAAAA. Rileks la. Nama pun Senior :')
Ececece. Senior la sangat kan. HOHOHO.
HAA! act, kami takmau lari sebab satgi penat. Dah la balik tu nak kena pi tuisyen. Penat tau dak! :(
Hohoho. tapi rugi gak lah. Sebab tahun ni last year kan sekolah :(
Takpa la. Sokey. Ronda naik moto pun kira okey la tu.
;
;
;
;

Semalam baru aku rasa free ya AMAT. Dah habis exam weh! Mesti la lega! :D
so, taktau la result aku macam mana. Aku tak sempat nak study woi.
HUHUHU. Apa2 jela.
ha, Selasa ni aku ada tournament Bola Jaring. Doakan team kami berjaya :D
insyaALLAH.
k,wassalam :)

Friday 1 February 2013

Tudiaaaaa, apa punca dia ?

Assalamualaikum.

Okeh, harini macam-macam yang aku lalui. Dan sangat lah perit! Perit lah jugak. Memang perit. Cewwah!
Andd, aku rasa apa yang terjadi harini ada kaitan dengan perangai aku. Kira macam balasan or hukuman kepada aku or maybe ada hikmah dengan apa yang terjadi. Hukum Karma maybe.
Okey first,

1-Kegawatan kelas aku.

  - Hmm, pasal ni malas aku nak explain apa-apa, sebab biarlah aku menentukan nya dalam hati sahaja. Malas nak salah kan orang ni or masuk kut belah mana. Hmm, aku hanya go flow ja.
Tak pasal-pasal aku jadi mangsa keadaan nanti. Hmm. Dah trauma. Parut nak hilang tu cukup lama. Tambah-tambah aku ni jenis cepat terasa sikit. Tu payah tu ! hewhew.

2-Dokumen penting hilang
 - Arggggh. Jenuh aku menyelongkar macam-macam tempat dah. Tak jumpa! Mampus aku dengan cikgu isnin ni.
Takuuut. Tengah dok cari best formula ni. Nak settle. Takutt. Sapa la yang ambik kann ? Tak sengaja aku rasa. Aduhh, cepat2 lah bagi kat akuu. I really need that! Important you know. Habes lahh. Menanti untuk di pecat :(
Careless. Pengajaran untuk harini.

3-Handfone hilang
-Actually tadi aku naik moto. So, fone tu terjatuh dari seluar aku. Aku sedar time nak balik. Ah, gelabah teros! Gilaaa. Dalam kepala dok fikir macam-macam dah. Orang kebas la, kena marah la, takleh pakai fon la. Then, aku and best friend, Syakirah terus rush gila-gila punya pi balik jejak kami. Alhamdullilah. Akhirnya, Syakirah jumpa. Kat atas tar. Nasib baik cepat! Fuhhh. Lega gila nak mampus! Teros cepat2, aku bukak seat moto, letak fon dalam tuh! Takut jatuh dahh. Traumaaa -__-



4-Kena kejar anjing

-Macam yang aku cerita tadi, bff aku and aku, kami pergi ronda harini, actually selesaikan pasal fail yang hilang tu, soo alang-alang kami pun ronda sekali kat sebuah kampung ni. Dah habis ronda, kami pun patah balik nak balik. Sampai kat satu simpang, Syakirah tanya lorong ni ka? Aku cakap, HAAAA!
Kami punn lalu la situ. Then nampak anjing mula dok menyalak kat kami. Kami pun wat donnow la sebab naik moto kan boleh pecut! Sekali lalu, jalan mati daaa! OhNO! Gilaa! ketaq lutut kut. Semua anjing pakat terpa dah! Aku and bff apa lagi, cepat2 psuing bali, PECUUUUUUUUUUUT!
Alhamdulillah selamat jugak :) First time kut. HIHIHI.

And now, semua dah settle kecuali dokumen tu! Aku dah buntu weh!
Macam mana ni? Aku takutt sangat.
Pray for me.
Ahaa! You know, now satu family tengah kecoh cari KUNCI MOTO YANG HILANG!
Tak leh nak simpan moto.Kali ni, mak aku yang bagi hilang.  Semua pakat tension dah.
ish2x, apasal la jadi macam ni harini ?
Balasann ? Hmmmm ~~
Sejarah First February! :D :(



K,wasalam. Hope semua di permudahkan :)
Aminn.


Saturday 19 January 2013

Nostalgia :D

Assalamualaikumm.

Okeh, harini aku nak cita pasal nostalgia masa aku di sekolah rendah.
Dulu ann, sebelum start extra kelas for UPSR, mesti kami semuaa budak-budak darjah 6 akan meluru ke kedai luar kat luar sekolah utk pi beli some makanan or sweets masa dalam kelas.  Semua panggil kedai luar sebab duk kat luar sekolah.
Actually bukan luar sangat. Tepi padang sekolah je pun.
Ehek.
Kat situu macam-macam depa jual, burger,hotdog,bihun and ect.
Tapi benda menarik yang aku nak cita ni adalah pasal Laksa kat situu.


                                                  *****

Wohoo, semalam mak aku buat laksa kat rumahh. Entah tiba-tiba aku teringat nak makan Laksa stail darjah 6 punya.
Ait? Macam mana tu?
Ahaaa, sama je laksa dia cuma cara di hidangkan tu adalah yang berlainan. menggunakan plastik and sedut kuah dia macam minum air dalam plastik.
Unik! Tapi selalunya budak-budak je suka. Macam aku ni la. Tapi dulu la :p
But, semalam aku try makan camtu! Ahahaa. Serius best but rindduuuu memories tu :D
Nak  tergelak pun ada. so aku pun cepat-cepat snap and ni lah hasilnya :D
Haha. Background semak. Malas nak edit :p








Sooo, inilah diaa !
Penah try buat macam ni tak ? Kalu tak pernah, try laa :D hihihih :3














Okeh, wassalam :)

Monday 14 January 2013

Harapan aku yang sangat BESAR!

Assalamualaikumm.

Serius weh, serius aku cakap aku naaaak sangat berjaya dunia akhirat!
Sapa takmau kann ? Benda first aku nak grap buat masa sekarang adalah S-P-M !!
Argghh ! Aku takut. Aku nak sangat berjaya.
Aku berharap tersangat-sangat aku dapat lakukan terbaik tahun ni :'(
Demi mak ayah akuu!
Aku nak bahagiakan depa! Really ! :'(
*tears*

Aku nak dapat result yang elok then further study then keja and balas jasa mak ayah aku!
Aku harap sangat aku dapat bahagiakan depa weh ! Really! :'(
Hope sangat-sangat aku tak lalai tahun ni. Ya, Allah bantu lah aku Ya Allah.
Semoga Allah bukakan pintu hatiku seluas-luasnya untuk menerima ilmu..
Terangi hatiku :')
Aku takut tak dapat buat yang terbaik sebab syllybus yang aku tau masih tunggang langgang lagi. Macam mana nak spm ni!
Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.
Aminnn. :)

Friday 11 January 2013

Childish Mode! Eh?

Assalamualaikum.

Ya, harini tetiba rasa rindu plak dengan zaman kanak-kanak aku dulu. Yang penuh dengan keriangan and warna-warni kehidupan.
Aku dari kecik duk kampung. So, perangai tak ubah macam laki.
Perwatakan agak ganas actually.
Tapi disebabkan aku ada sifat pemalu yang amat menebal, so, sebab tu lah jadi lembut sket.
Huhuhu. :p
Dulu masa kecik-kecik macam-macam benda aku main and explore. Ecewaah.
Huhu.
Main guli,gasing,aci ligan, tangkap ikan di parit, sembunyi-sembunyi,masak-masak,ronda-ronda naik basikal,congkak,jengket,galah panjang,anak patung,mak-mak,cikgu-cikgu and ect.



Hoihh! Memang banyak la kalau nak list. Sampai ada yang aku dah lupa. Tapi ann, dalam semua-semua game, satu je aku tak pernah main, game kawin-kawin and sanding segala.
Tak pernah kot! Entah le. Tak terfikir pun dulu. ;3
Dulu geng kami ramai gila kot.Tapi semua bukan sebaya punn.
Kalau petang-petang kalau main toi ann(galah panjang), memang kena buat sampai 5 kotak.
Hahaha. Hari-hari kerja main je.
Tak fikir pun pasal belajar.
Tak tension macam sekarang nih.
Kan best kalau memories tu boleh kembli balik.
Apa-apa pun kenangan semua tu yang membuatkan aku kenal erti kehidupan and membuatkan ahri-hari ku menjadi lebih matang sampai sekrang. Eh? :P
HAHAHA.



Life must go on. Apa yang dah lepas takleh back dah. Just boleh ingat je la. Huhuhuhu.
And now, aku dah jadi seorang gadis yang berumur 17 tahun. OHHH. dah besar rupanye.
Hehee.
Cepat je masa berlalu.


Okey, Wassalam :)

                                                                

Thursday 10 January 2013

Singgah sat!

Assalamualaikum.

Phewww ~
Alhamdullilah, settle jugak homework aku yang belungguk tuh.
Gila sibuk ah minggu ni. Bertimbun-timbun latihan cikgu bagi.
Hmm, harini nak release tension jap. Teheeww~
Nak rilek-rilek balik. Bukak internet, layan blog, fb and layan citer favourite aku di tonton.com. Hewew.
Semalam tak sempat tengok sebab ada tuisyen Edmet. So, catch up balik. :P



Haa, anyway semalam aku pi tuisyen ann pi sendiri. Naik moto.
First time kot pi jauh. Takda lah jauh sangat. Tapi yang bahaya nya sebab balik malam. Mula-mula takut gak la. Lepas tu okey je. Lagi pun pi dengan kawan aku yg lain. Parents aku takleh hantar dohh. Lagipun aku takmau la susah depa. Satgi nak mai ambik plak.
Teheee. Beriya-iya ja. Mentang-mentang dah ada lesen. Ecece :p
Hahah. Alhamdullilah la aku PASS jpj haritu. Not bad la. Okey je. Ramai gila tapi nasib baik depa proceed awal. Yang sedihnye kena tinggal kelas Edmet. HUHUH :(
Ketinggalann~ Naseb baik tak banyak.

 

So, time pi tuisyen tuh,
Aku,Hanani,Syakirah,Izzati. Kami pi sekali.
Cuma naik lain-lain moto lahh. But-2, kami bukan pi merempitzzzzz okey!
Kami budak baik-baik :p
Hahaha. Kami pi tuisyen je pun. Anyway, masa aku sampai tu kan, aku terpaksa lalui satu moments nih.:D
Tapi, takmau ar cita kat sini. Privacy tak terjamin. XD
Hhuuhu.


 

so, aku takda hala tuju pun tulis entry harini. Just nak release tensionn.
Ummpph. Sekarang memang busy gila. Pagi pi sekolah. Petang tolong parents. Malam nak buat Homework, tuisyen. Study lagii. Setakat ni aku tak start apa lagi. Terok kann.
Hmm. Terangi hati ku ya Allah.
K, Wassalam.

-Doakan aku selamat and dilindungi Allah s.w.t sentiasa-

Monday 7 January 2013

Lesenn

Assalamualikum.
Tudiyaa. Percaya kah anda budak-budak zaman sekarang yang mana bila form 4 je dah sampai tarikh lahir depa, mesti kalut-kaiut pakat nak amek elsen kann ?
Eh, mesti lah percaya !
Fenomena tu ada di sekeliling aku!
Termasuk aku ni haa.
Hehehe. Okey, aku cuma nak gitau ja, esok aku test Jpj, so, doakan aku and harap sangat aku lulus. Tapi kalau tak lulus, oh sedihnyeee T_T
Hmm. apa-apa pun dah ada lesen nanti jangan duk merempit pulak yek. Tunggang leklok and ingatlah orang yang tersayang. 

K, wassalam :)

Saturday 5 January 2013

What should i do?

Assalamualaikum.

Hmm, harini tak tahu nak cita apa. Tapi, aku just ada sedikit problem.
Problems nya ialah, aku M-A-L-A-S !
kenapa weh? kenapa penyakit ni datang time awal-awal tahun?
kenapa dia mai lagi?
Dah la payah nak cari ubat dia.
You know, setakat ni satu apa pun aku tak buka buku lagi. Mood nak study sikit pun tak dak. 

Syllybus pun aku tak berapa minat.

 


Macam mana ni?
Homework pun satu apa pun tak buat !
Buku teks pun tak balut lagi.
Kalau tahun-tahun sebelum ni, time awal tahun la paling aku rajin sekali. And lepas tu constant je. !
But now, satu apa pun aku tak start lagi!
Awat aku jadi macam nii :'(
Kawan-kawan aku yang lain mesti pulun study punya sekarang ni.
Aku pulak dok layan internet ja sentiasa.



 

Argghhh !
Dalam hati aku ada tekad nak berubah which means nak start pulun buku semua tu lahh, taaaapi aku MALAS sangat weh !
Someone tolong aku.
Aku tau benda ni kita yang kena ubah sendiri right? Tapi mesti kena datang dari hati yang ikhlas weh !
Kalau tak ikhlas, tak best lahh!
Baik tak payah.
Hmm, aku pun tak tau.
Tengok lah apa akan jadi seterusnya.
Internet, please get rid from me !

Spm perlukan aku buat masa nii .


k,wasalam :(

Friday 4 January 2013

Masih dalam mood honeymoon.

Assalamualaikum.

Aku still tak percaya yang tahun ni aku dah Form 5 weh.
Spm!
Aku rasa baru kejap je aku masuk Form 1. 

Baru je abeh struggle for Pmr.
Tup-tup dah nak Spm !
Huhuhu. Nak qeyauu !
Aku tak ready weh. Tak ready laagi ! 



Aku tak sanggup nak hadap buku sentiasa :(
Dulu time Form 1, bila tengok budak form 5 je, wahhhh rasa depa semua tu besar gila.
hah ! tak sangka aku dah rasa time tu sekarang.
But, aku still tk percaya dah Form 5. Perangai aku pun bukan matured sangat lagi.
Huhuuhu. Hehehe. 



So, harini dah masuk hari ketiga aku di tingaktan lima.
So far, okey je.
Hmm. aku masih takde mood nak wat revise. Homework pun aku tak buat lagi wehh !
haish. Macam mana nak spm nii.
Tahun ni aku tengok syllybus macam tak best je. Semua subject!
Tak menarikk! 

Hmm, nak tak nak kena hadapi gak la kan.
Hope, aku dapat capai target akuu.
Tanpa usaha, takkan kemana right?



Huhu. Aku ni cakap ja lebih, buat tak buat.
But, insya-Allah, soon aku akan proceed.
Hmm, tak boleh lambat-lambat dah macam selalu ni.

Aku ni jenis style last minute study sikit.
Nampaknya kena buang la sifat tu kann.
Huhuh. okey la, tengok la seterusnya life aku macam mana.
Hmm, k, wassalam.
Pray for me :')