Friday 6 November 2015

short entry

Assalamualaikum. hai. harini jumaat. semalam baru je habis final. alah 3 hari je exam. kejap kan? so caner haritu punya exam? no komen . nanti lah i cerita. tengah takde mood. tapi gagah nak menulis.
maybe next time in new house? ya. aku dh nak pindah at new place. sedih. ok lain kali cerita. harini takde mood sebab cik P singgah pulak. haish. ok daa ~

Sunday 1 November 2015

final stpm

as salam.
hai gais. pray for me? em tahu dah lama tak de entry. tahu sebab apa? sebab baru2 ni wifi aku kene cut. okey lah i'm tooooo busy right now. sebab lusa i final exam for sem 3. please.. pleasee pray for me. emmm takut sangat2 sebab sem ini main banyak sgt. okey nanti dah hbis exam, i'm back okey. daa~

Thursday 1 October 2015

Majlis Perpisahan Pra U

Assalamualaikum.
entah kenapa harini nak nangis ja... hmm :'(
based on my entry today,
ye harini ada event kat sekolah aku. Event yg menjadi kenangan terindah utk semua peljar yang na keluar sekolah dah. ye. hari yang sangat bermakna. and bahagia. tapi bukan Aku :(
sepanjang event tu tadi, nak makan pun tak lalu. mampu kuis-kuis nasi yang aku ceduk satu senduk je. tapi, nak makan satu mulut pun berattt sangat-sangat :(
memang tadi aku dah setengah jalan dah balik.. and taknak pi dewan and join event ni. tahu kenapa aku taknak join?? hmmm :(
takpala. malas nak cerita detail.

sepanjang aku dekat pra U ni, smooth ja perjalanan aku.. hepi ja dengan classmates and semua.... tapi sampai la masuk sem 3, mulaa perlahan-lahan bahagia aku di ragut. ada ja masalah dalaman yang muncul. and harini berlaku lagi. Aku taktahu sampai bila benda ni nak habis.. tapi, kalau boleh aku nak keluar sekolah ni nanti dengan kenangan yang hepi.. bukan mcm apa yang aku rasa skrg ni :( Tak lama je lagi..... tak lama je aku dah nak tinggalkan sekolah nie.. lagi sebulan ja..

Aku ada dua perasaan.. dua perasaann.. first, akuuu tak sanggup nak habiskan form 6 nie dengan secepat nie.. pasti aku akan rindu semuaaaa ni :( even masa mula dulu aku tak berapa suka surrounding sekolah ni.. tapi, ni la tempat aku menuntut ilmu.. second, aku rasa tak sabar sangat2 nak keluar sebab tak tahan and tak larat nak hadap benda yang sama jaa sem 3 nie.. and bertemu dengan orang-orang yang telah meragutt kebahagiaan aku di sekolah... kadang2 tu nak belajar pun jadi tak syok.. nak mai sekolah pun malas.. sbb benda ni lah :( takpala.. mogaaaaaaaa aku terus bertabah and go on macam biasa.. tak lama je lagi.. pray for me ok?

minggu depan aku dah trial. and tak sampai sebulan dah Final Exam sem 3. aku baru je start study semalam. moga aku istiqamah anddddd bersungguh-sungguh dalam sebulan ni. moga aku dan kawan-kawan berjaya dlm pelajaran. Amin. Nanti sambung lagi.



p/s: lebih kepada luahan hati sebenarnya :(
  alhamdulillah dah submit kedua-dua Pbs. and now nak fokus study ja.
masalah, pergi jauh2 dari hidup aku.


sekian, wasalam.


throwback sem2 bahagia.

Monday 31 August 2015

MERDEKA and checklist.

Assalamualaikum. Syukur kehadrat Illahi akhirnya aku dh siap pbs untuk PP dan BM. ya Allah rasa hilang beban.. even kena touch up sikit2 yang mana kureng, tapi lepas nieee just buat powerpoint je untuk present. InshaAllah after that dfokus study utk hadap trial sem 3 yang bakal menjelma tak lama lagi. 
hikhikhik hepi lahh sebab dah berjaya memerdekakan diri dari PBS untuk hari Merdeka harini!! Alhamdulillah hasrat aku nak settle down semua nie by end of this month! 
Okey sooo harini i olls nak share sikit harapan, impian, garapan, eh? ehmm abaikan.. okey checklist nie bertujuan untuk menaikkan semangat akuuu untuk capai apa yang aku nakkk. so here we go. 


.
.
.
.
.
.
.
.
  
Checklist by 20.
by 20 years OLD, I must... 


1.  masuk U. 
2. Good in cooking
3. Own laptop by own money
4. Menjahit
5. Kumpul 5K. 
6. Khatam Al Quran. 

 okey, i think untuk setahun yang akan datang, cukup yang ni dulu je kot. yang lain2 harapan nanti dulu okeng? mcm yang kat atas sekali tu, i really hope ape yang aku usahakan selama niee, berhempas pulas selama ni di PraU terbalas dengan adanya diri aku ini di sesebuah Universiti tempatan untuk sambung Degree. InshaAllah. MAY my dream become true. Aminn. 

secondly, okey yang nieee aku memang tengah dlm proses menambah skill coooking. i'm not really good in cooking. but, aku tengah belajar memasak. ye, weekend je aku akan try buat satu lauk yang berlainan menerusi resepi mak aku. ye aku belajar masak makanan Timur je dulu. senang nak ikat perut suami nanti. hehe. aku tak berapa minat Western Food. but, boleh la kalau nak makan tu. maybe next timee, i want to make a label for my cooking time in this blog. =) hekhek. will proceed soon. *if i'm not busy

yaa, yg ketiga nie aku rasa ramai je yang mampu beli kan? aku nak beli laptop guna duit sendiri. semestinya duit kerja nanti. hehe 1K jugak niee. satu kepuasan utk diri aku bila boleh beli dengan duit sendiri tanpa minta dari parents or sebagainya.


ke-4 adalah menjahit. aku ade plan after stpm nie aku nak join class sewing. nak belajar jahit yang simple2 je. dapat buat sehelai baju kurung pon jadi lahh. senang in future nanti. hehe mana tahu dapat buat baju untuk keluarga aku sendiri ke nanti. haaaa masa kedepan-depan nieee kos semua agak tinggi kan? soo ape salahnye berjimat sambil ambil hatii semua orang yang kita sayang. ihikkkk ^_^

okey seterusnya, kumpul 5K. emmm senang bagi orang lain. tapi bukan untuk aku. mana aku nak cari duit sebanyak tu? Unless aku kerja after STPM nie. InshaALLAH dalam planning nak cari keje yang 1k and above per month. boleh la curi2 simpan sikit. okey for what 5k ni? Actually ini simpanan kecil-kecilan untuk aku hantar mak n ayah aku ke umrah dalam masaa 10 tahun akan dtg. or maybee 4-5 years akan dtg? Mogaaa rezeki aku bmelimpah ruah and dapat lah akuu kumpul duit utk hntar mak ayah aku. Turns aku? mungkin tak cukup kewangan kalau aku turut serta sekali around 4-5 years terdekat ni. biar mak ayah akuu dapat pegi dahulu. Entah sempat ke tidakkk. hurmmm :( harap sangat aku dapat tunaikan impian aku ni. Aminnn aminn aminnn =)

last, khatam Al-Quran... setahun baru nak khatam? ye insan macam akuu nieeee boleh kira guna jari berapa kali aku baca Al Quran dalam setahun. lebih kepada yaasin. hmmm moga bila aku set impian macam ni, akuuu akan rajinkan diri untuk baca. and by 20 years old, akuuu mestiiiiii khatamkan al-quran. Semua orang tahu banyak kelebihan baca Al Quran tapi,, tak semua rebut peluang tu termasuk aku :(





ye, jadi itu jelah checklist akuu untuk setahun yang akan datang. moga aku diberi kesihatan yang sihat utk teruskan kehidupan ini. Aminnnnn. Doakan doakannn semoga semuanya di Permudah. AMINN. 





 

Sunday 30 August 2015

Birthday saya .

As Salam. firstly aku harap apa aku hajati nak tulis nieee menjadi. 

Today is my birthday. Hari aku dilahirkan. 30 Ogos. 19 tahun yang lalu, seorang wanita iaitu ibuku ROSNAH bertarung nyawa nak lahirkan aku. Allahu.. Saat ayah tengah sembahyang Jumaat, lahirlah akuu. tepat 2.20 petangg. hehhe ayah habis je sembahyang teros datang tengok aku.  Tapi tak lama lepas tu aku ade kuning.. kuning yg sangat terok sampai nak kena tukar air tulang belakang. hehe aku pon tak sureee macam mana.. tapi,, ayah decide utk bawak aku balik! haha tahu apa risiko aku? mungkin akan lumpuhh kalau tak go through that operation. Alhamdulillah aku masih sihat setakat ini. moga2 aku akan sentiasa berada di dalam pelindungan Nya, Aminn.
Terima Kasih mak.. Terima kasih sbb bagi adik peluang utk hidup di muka bumi ini. =')

* formal pulekkk dah. 
ok dah! 

officially i olls dah 19teen. tahun depan dah 20. aku perlu buat sesuatu. ya! Checklist! dalam kepala otak aku nieee, macam2 nakkk tulis. tapi,, haihhh. nononono

ok, ok, next time iools tulih la pasal checklist nie. 

***

dear my parents, thanks for everything.. terima kasih beri adik jiwa selama ni.  beri adik macam2.. yang sangat tak ternilai selama 19 tahun ini. sayang mak ayah  sangat <3

dear my friends, terima kasih atas wish and hadiah.. thanks coz be my friend selama ni..my old schoolmates, my best friend.. i love u.. belajar rajin.. semoga kita sama-sama berjaya.. 

dear Encik Jiran, terima kasih untuk harini. First time tau main bowling. sakit tangan. nasib baik tak tergeliat. hehe terima kasih belanja makan. takperlu hadiah. cukup kenangan ni =) 
mogaaa kita sama2 berjaya mengorak langkah pada masa hadapan. and apa yang kitaaa planning tercapai dengan hendakNya. 

dear my followers *ade ke* , hahahahahhaha nothing to say. sebab iools tak rasa ioools ada follower. hahahaha kbye. 



pls: sejam lagi nak Merdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Malaysia Sehati Sejiwa. 
alhamdulillah, Malaysia masih aman.! ^_^

Sunday 23 August 2015

Turns

As salam. 
aku tak pergi sekolah harini. sekarang hujan tengah lebat2 sangat... Macam tahu2 ja perasaan aku sekarang ni macam mana :')
Barangkali aku rasa lebih tenang bila baca blog. Hm, sedih je datang sini sekrang nie. yelaa. tak tahu nak meluah dekat mana. Mungkin salah aku jugak. Terrrrrlebih-lebih. hm. Aku yang sekarang bukan yang dulu. Dulu aku seorang yang pemalu. bila pemalu ni, banyak benda akan jadi terhad. Means that banyak yang aku akan "jaga" sebab malu punya pasal. Perempuan mesti lah kena malu kan. Tapi, :(
kenapa aku hilangkan sifat tu dalam diri. Tamak kejarkan self-confidency jadi macam ini lah! tapiii.. 
aku perlukan self confidence tu. hm sebab dulu time aku malu-malu dengan orang, self confidence aku teruk sangat. payah sangat aku nak berhadapan dengan orang. tapi, sifat MALU yang suhdah hilang dalam diri tu, aku dah sakitkan hati orang lain. dulu bila aku marah, aku akan senyap.. Semoga orang yang aku marah akan faham. Tapi, sekarang? Aku lebih suka lepaskan kemarahan aku tanpa kira apa ja! Tak kira dia tu sapa.  how bad i am :'(


 ***

Tengah mencari solusi untuk perubahan diri. hm. :( :( kenapa jadi macam nie. hm. perlu lebih matured lagi lepas nie. maybe?



p/s: Farina is not farina already.
Assalam.

Friday 14 August 2015

kisah esok

Assalamualaikum. 
hi iools ada tulih kan pasal kuiz PP yang iools buat kelmarin. heee waa memang tak study. naseb baik kuiz tu group. kira macam pop kuiz je lah.. lisan bukan bertulis. so my class 6A1 featuring 6A4. sepanjang kuiz dijalankan boleh gagahlaaa wa sumbang mata sikit, at the end,, my class kalah. huwaaaaaaaaaa.  -alah beza 10 mata je. o.O
aku still tak buat PBS! haih.. study pon belum. tapi kan.. kan... aura and semangat nak masok u tuu bergitu berkobar-kobar datang dua tiga hari ni. maybee dengar cikgu2 dok cerita pasal seniors yang berjaya sambung degreee. mogaaa2 aku dan rakan2 kelas sseperjuangan ku juga dapat mengambil tempat di IPTA pada tahun hadapan. aminnn.

*lempang muka aku!*
sebab? tak move on pon dari buat apa2.  nak masok u tapi tak study. bolehh ke camtu?? boleh pi berangan je la.. ye i know i have to changed my attitude. ehem~ lets the wind pass by my face. hahahhaa broken tah papa aku tulih. damn.
btw uools, esok i akan pergi ke kuala gula! *bajet ade follower! * hahaha!
esok i and sekumpulan pelajar akan ke sana naik bot and tanam pokok bakau di sana. we'll see best ke idok besok ye.. and ofkos i citer kt sini kalau rajin menulis. hikhik. ya Allahhh tak padan dengan ada kuiz isnin ni still dok main2 ! ok daaa nakk bukak twitter lak. boiii.
p/s ; macam tak kene je tajuk dengan entry. hahaha kisah pulak ambooo. hehe jgn mareee.
       : wahai hati, mogaaaa bahagia ini selamanya =)

Wednesday 12 August 2015

kotak hati: berkecamuk

tertawa walau menangis,
senyum walau terluka, kuat walau tak sanggup





Amboi2.. bukan main tangkap leleh aku sorang harini.. heee Assalamualaikum. harini ambo rajin lagi ngapdet blog. itu maknanya ambo still tak study and serius untuk sem 3 ni! hmm today.... arghh aku benci perasaan ini.. sebelum nak apdet, bukan main bermonolog dalaman sendirian, tapi sekarang ni kaku untuk menaip. sigh.


***

i learned something today. tak semua janji orang akan pegang. orang akan tunai. yes. manusia biasa semua sama sahaja. ya Allah. beri aku kekuatan. hmm exam, kuiz, cabaran hidup STPM,and dugaan yang baru muncul. moga aku kuat. tabah! and lebih ikhlaskan diri. 
iolls rasa lebih tenang bila iolls dapat coret kat sini. even orang lain boleh baca. hmmmm. janggal nak story dekat kawan2. rasaaa malas and i think i should not do that. maybe, because it is my own privacy.

"dahtu! hang dok tulih paaa kat blog ni" 


mungkin rasa lebihh lega.. and hilang sikit stress. =)


AllahumayaasiirWalatuaasiir..
(ya Allah permudahkan lah jangan Engkau sulitkannya..)

-human being like me bila sedih baru nak ingat tuhan. shame on me!  okeylah tanak feeling rasa hati ini lebih2.. moga2 public speaking dan kuiz PP esok akan berjalan dengan lancar. amin. even iools tak ulangkaji LANGSUNG! =(


daa. Assalam.


                                                                  deep in my heart, ina


Monday 10 August 2015

Harapan...

Assalamualaikum.. hi.
aku terbelajar sesuatu harini. iaitu HARAPAN.
  " harapan...... harapan menjadi layu....                      
      ingin ku bahagiaaa.. bersama.
...
 
-lagu ost drama pa ntahh >.<


Even tho dah banyak kali aku peringat diri aku, and selalu sangat akuu takkan letak apa2 harapan tinggi dekat benda yang aku nak, harapkan, inginkan terjadi.. heee tahu tak napa aku buka blog sekarang? nak released kan perasaan aku yang tengah frustrated. =(
maybe terlalu kuat angan2. plan macam2.. then tetiba, hmm. sob2 ='(
sedih sangat. disebabkan inilah akuu tak suka letak harapan yang tinggi. even self confident tu perlu ada untuk memudahkan kita yakin dengan apa yang kita nak capai. tapi, yang negatifnyaa mcm nie lah. akhirnyaaa kecewa. sebab? terlalu letakkan harapan. yaa aku frust dengan seseorang harini. mungkin 10 hrb mungkin. heee tahu tak apa kaitan dengan 10 haribulan? hee nanti aku story mory bila dah sampai waktu yang sesuai..  by the way gais, aku kan, kan , boleh wat ilekk je online. aku tahu kawan-kawan aku semua sekarang nie mesti tengah rush dok study and buat pbs and hw and so on.. sebab minggu depan dah kuiz. tapi aku? hahaaaaa al fatihah untuk diri sendiri yang bila ntah nak sedar dari mimpi buruk!
                                                                                 







   ***

takpelaa. sekurang-kurang nye aku tenang sikit lepas typing kat sini. ya, satu je kene ingat , tak semestinya kita happy harini esok kita akan hepi lagi. takda sapa yang akan terikut-ikut dengan perangai kita yang entah papa nak sentap/sedih. chill. grow up and chill yourself okey. mungkin ada hikmah. perancangan Allah tu kan dah cantik. steady gais ! =)

p/s: besok kelas aku ade buat jamuan2 kecil-kecilan. aku kena bawak bihun goreng. soo i need to prepared the ingredients now. otherwise i"ll late tomorrow in the morning. papai ! As salam.

Friday 7 August 2015

Terlalu banyak.. +_-

Assalamualaikum..
terlalu banyak.. banyak. hmm angan-angan maybe? 
saban hari rutin harian aku mengadap laptop pd sebelah malam.. siang pergi sekolah.. balik tolong mak, malam tidooooo bila dh letih... bila tak letih bukak laptop then hadap benda alah tu sampai mengantuk then tidor... haih..  wasting time.. act guwa nie maybe terlalu banyak angan2.. sampai tak move on semua bendaa.. HAHAH aku tak reti nak luah kat sini sebab nyaaa banyak sangat aku fikir.. akuuu suka stalk orang lain.. bila aku stalk org, aku teringin nak jadi mcm tu. nak ada mcm tu... then fikiran aku mula bergerak....' aku mesti kena buat bla3 kena dapatkan semua tuuu...' end up, aku still tak move on dari buat apa2.. lifeless. pemalas !
 
     ***

semua orang ada cita-cita kan.. tak kira apa cita-cita pun, semua kena usaha. banyak perancangan dalam hidup aku. tapi apa2 punnn mesti lahhhhhh akuuuuuu kena kumpul DUIT dulu. yaaa duit! DOA , USAHA, ISTIQOMAH, TAWAKKAL.. DOA,, berapa istiqomah akuu berdoa hari2 ? sedangkannn majoriti hari2 doa aku samaaa... nak cepat... dan sebagainya.. macam mana nak makbul sedangkan doa aku tak telus dan tulus.. *hmm merenung diri*
 USAHA.. sebagai seorang pelajar aku kena start usaha... aku kecilkan skop lagi, sekarang aku kena struggle untuk sem 3. Pokok pangkalnya sekarang aku dah kena siapkan PBS PP. hahahahahhaa. tapiiii???? still bertangguh.

yaaaaa... itulah perangai buruk aku. Bertangguh and suka buat LAST MINUTE ! bila agaknya aku nak buang perangai nie.. dalam setahun, sekali dua datang laaa mood rajin aku, then lepas tu, powrghhhhh! hilang semua tu. sukarnya aku nak didik ISTIQOMAH dalam diri aku..  nak serah begitu sahaja? go flow jee... mcm mana akuu nak TAWAKKAL sedangkan usaha langsung ZERO !

farina...... alfatihah untuk diri sendiri..  yang sudah semakin kecundang ! bangun ! bangun ! grab apa yang hang inginkan !!!!  berusaha lah and, mintak dekat Dia ! bukan setakat suam2 kuku mcm nie....

***

yaaa harapan aku kali ini agak tinggi. Sem 3... sem akhir yang bakal aku hadapi untuk STPM. aku pasang impian untuk dapat FULL A untuk semua subjek sem ini. aku perlukan A itu untuk average-kan ketiga-tiga sem aku. untuk dapat 3.5 and above. untuk masuk U. untuk sambung kos pendidikan.. untuk jadi cikgu.. untuk capai cita2 aku.. untuk realisasikan impian aku... kehendak aku... angan2 aku.. !
ya  mungkin fikiran aku masih sempit. banyak lagi kerja selain cikgu. hmmm tapi itu minat aku dari kecil :( 

Arghhhhhhhh sudahlah farina. stop berangan. ubah sikap hang dulu !!!!!!!!! pemalas.! satu buku pon tak study lagi untuk sem ini ! PBS pun tak siap lagi ! kuiz menyusul minggu depan........ ohno. *lempang!
yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa entry kali ini agak berkecamuk isianya. aku entah papa. sebabb tu aku malas nak apdet. macam2 dalam otak aku. hm wish me luck untuk sem 3 ini. moga aku memperoleh keputusan yang lebih membanggakan lagi dari sebelum ini.


#Alhamdulillah#Syukur. till next entry. as salam.__        


   tulus, imanfarina =)

Tuesday 9 June 2015

its all about my weight measurement!!

Assalamualaikum...
harini iolls nak share pasal berat iolls. wehhhh wehh wehhhhh ! aku tension. why and why and why and kenapaaaaaaaaaaaa berat aku semakin naik nih? lagi aku nak bagi turun, lagi naik. Bahagia mungkin? nO.. its all about my nafsu. yeahh nafsu makan aku terlalu membuak-buak! hmm mcm mana aku nak control.You know aku stress betul . Sekarang nak beli baju apa mesti kena beli lagi lagi besorrr. haih... baju aku smua dah tak muat. Pakai baju kurung pun still nampak gemuk. Baju tShirt apa tah lagi.

Okey aku start perasan berat aku naik since aku masok form six. Masa sem 1 dulu akuuuu kerap gila makan. makan.. makan.. makan... tu ja kerja aku... dari duk stable 48 to 49 and turun ke 48 and mcm tu lahh ulang2 selalunya, nowwwwww u know berapa??  5 and ABOVE!! dan ABOVE tu dah nak masuk ke golongan yang kritikal. ohnonono i must do something. Kaki bila berjalan pun dah duk beretuh2 * berlanggar* dengan peha iolls. thats mean iolls punya peha pun dh makin berisi. hmmm. tu belum perut lagi. ISHHH malu aih nak citer. faham2 sudah...

weh serius jelous tau dengan kawan2 and perempuan lain yang body cantik... hm...  apa-apa pun memerlukan usaha. but,,,,, nak istiqamah tu ya Allahhh  sakit betul tahan lapar. hehe. takpe laaa minggu depan dah berpuasa. hope turun sikit laaaaaa. jangan lepas tu naik mendadak dadak dadak ke badak lagi sudahhh!! huhuhuhu. ok lahhhh daaa. Salam.

p/s; congrate to all my friends yang dh dapat best result utk PSPM tadi. Semoga aku memperoleh keputusan yang cemerlang juga . Aminnnn :)



Saturday 30 May 2015

TAMAT lahhh sem 2.. Yippiiii. !!

Assalamualaikum. Fuhhhhhhh` ~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah... terlepas akhirnyeee beban hakuu.. ngeeee. okey harini baru ade mood nak update. btw, i dah habis exam Stpm Sem 2. yahoooooooooooooooooooooooooo! so, hows the question ? Alhamdulillah boleh buat. ada jugak yang tak boley. now, berserah and tawakkal. Moga2 usaha aku selama niee ada ganjarannyaa... so, after habiss je exam haritu, whole PraU student in my school joining a trip to Keyyyyyyy Elll... fun jugak laaa. actually aku dah pegi tahun lepas as a junior student. Now already Uppersix student. Tempat yang kitaorang pegi lebih kurang sameeeee mcm tahun lepas, tapi ade leeee sikit2 yang lain. we go to Mahkamah, parliament, em.. KPDNKK . tahu apee tu??* Pegi google eh jap lagi? ;p
 
Malas dakuuuuu nak explain panjang2. ngeeeeeeeeeeeeeeee~
rasa malas lak nak cerita terperinci. nanti lah eh aku update pasal nieee lain. lebih detailss okey. wowoowowowowowow jap2... nak bagitahu nie dua hari lepas kawan akak aku meninggal... hmm akibat kencing tikus. kesian kan. Inalillahiwainnilaihiroji`uun..


 Tak sangkaa...Takdir yang Allah tentukan siapa pun tak tahu.. harap2 kita semua sentiasa di didalam pelindungan-Nya. Aminnn.. okey daaaaa. Nanti i update lagi bila rajin. Boiiii. Gua tempek sikit gmbar gi Mahkamah haritu. Find me!
 
Clue: Yang paling coooomelllll.. bahaha :P


Saturday 2 May 2015

Kembali Down :"(

Assalamualaikum. 
Hum, mcm tajuk kt atas nieee, entah la. napa tetiba rasa down yakmat. Maybe stalk kawan-kawan kot. hmm lagi 15 hari nak exam real STPM sem 2. Risau, takot sangat3. sebab.... hmm sebab takda usaha yang mantap. still dok tido ja keja aku. hmm berbeza dengan sem 1. ya Allah............... mcm mana masa depan aku.. hmmm jeles pulak tengok orang2 sekeliling... hmm takut........... hmm..... haritu trial aku tak berapa nak sihat. so, usaha memang sangat low........ and bergantung je nak dapat berapa pun pointer. harap2 tak teruk sgt mcm apa yang aku jangka. But, aku takut kalau pointer sem 2 nie aku jatuh mcm seniors sebelum nie. 











wehhh, mana kekuatan akuu?! awat aku tak konfiden yang aku boleh buat! mana kerajinan aku! mana usaha aku!  mana ! mana! kata nak berjaya ! tapi kenapa aku still tak study. lagi 15 hari kot!!!! aku takut tak sempat dah :'(
harap2 mai satu aura anjakan paradigma dalam diri aku tetiba esok. cehh. daa. doakan aku and kawan2.. harap2 kami semua dapat result yang cemerlang. Aminn.

Thursday 9 April 2015

tralala

Assalamualaikum 
Alhamdulillah. berkat kesabaran akhirnya siap jugak Pbs aku. yehaaaaaaaaa. cuma tinggal pbs sejarah je nak presentation. tadi aku buat presentation untuk pbs pa. i managed to handle it sucessly. kahkah, puji diri sendiri.  hmm now nak siap kan homework PP yang belum habis lagi. esk nak pakai baju kaler ape eh? 
ahaaaaaaa. harini malam jumaat. sebelum tu, aku mohon and pohon sama2 la sedekah kan al-Fatihah kepada tokwan yang baru meninggal seminggu lepas. hummm. :( 
Semoga Arwah di berikan ketenangan di Sana. 
okey lah bye, nak wat keje. minggu depan i dah trial STPM. wohoooo cepat gila!! k tiba2 ketaq.... aku tak ready lagi.. ahh.. ahh.. wish me luck gais. bye.

Tuesday 24 March 2015

Berat nye mata.

Salam.

hai. aku tengah ada dalam kelas sejarah nie. tiga masa kot weii. aiyoo mula nak buat pbs sejarah la. ingat nak perabiskan tapii tadi masa bm akuuu dok explain punya explain dekat kawan aku yang tak reti nak buat salah satu aspek utk pbs, haihhh jadi malas pulak nak continue buat pbs sejarah. hehehhee cikgu tengok aku macam aku tengah taip thesis lelaju laaaa sekarang nie. hahhaha padahal aku tengah mengarang yooo kat sini. 
hmm tengok ah malam satgi lepas dh tido dah rasa segar sikit baru nak start sambung balik. haihhh tension nyaaaaa. now rasa berat sgt mata. maybe sebab tido lambat semalam siapkan pbs. emm lama tak tepek gambar. nak tepek gambar pulak la. heehehehehe




hai saye lah budak pra U yang tengah tension nak siapkan pbs. k bye!~~`


its 2 am

Salam.



 ALHAMDULILLAH. dah 60% siap pbs sej. now dah 2k. lagi 1K or kurang sikit lagi daripada tu. heheh. tapi kan, kan, ada something yang membelenggu perasaan aku hmm :(   
nanti la aku cita. nak taip pun dah pukul 2. aku nie penakut sikit tido lambat sorang2.

 k lah bye...
cuma harapan aku satu, hmm........... *dlm hati ja aku cakap* 
:( permudahkan lah dia Ya Allah.

Saturday 21 March 2015

LEGA SIKIT.

Salam.
Alhamdulillah, now 1 50 a.m . legaaaaa nye dah siap pbs PA. tinggal sejarah ja lagi. baru buat 4++ perkataan. 2k more perkataan.. erghhhhhhh. 
hehe tahu tak kenapa tetiba je rajin aku update nie. Sebabnyee ialah bukan lah nak bagitahu lega siap sebenarnya, cuma nak kongsi sikit perasaan aku nie. huhu. Actually tengah2 aku siapkan powerpoint tadi, sebabkan aku buat adat perkahwinan, so kene lah selit2 sikit gambar pengantin an, sooooooooo gigih la diriku ini gooogle gambar yang cantik sweet untuk dapat markah lebih nanti bagi menarik sikit ha.. then, dalam duk google tu an, aku tengok ya Allah.... cantiknya gambar2 depaaaaa. hummm nak jugakkkkk! hahaha mula la hormon gedik aku datang. kihkihkih.

*bila eden nak beso nie. *bila eden boleh merasa melawa cmtu lak * bila bleh sweet2 niee. hehehehe. 

InsyaAllah. masanya akan tiba suatu hari nanti. maybe 5/6 tahun lagi. ooops! *aku muda lagi kot! belajar dulu la yek.

heheheee. okey lah bye2 nak gi kemas seksiap tempat tidoo. dh lewat dah. esok nak siapkan pbs sejarah lagi..


p/s: En jiran otw balik dari hosp, hmmmmm moga2 tokwan sembuh seperti sedia kala. Ameeeen.


k,daaaaaaaa. AS-SALAM :)

Wednesday 18 March 2015

demam PBS !!!

Salam. 
WEHHH WEHHHH wehhh. aku tension nie. tension gila baq hang. aku ada masa sepuluh hari ja nak kena submit pbs sejarah and pengajian am. arghhhh pengajiam am tinggal powerpoint ja sikit lgi. yang sejarah ni yang haru ni, aku tak start apa lagi kot!! dengan nak kena buat powerpoint lagi. pbs sejarah nie a little bit susah. dia macam thesis kat u. errrghhh. kate nak masok u kan farina??? hm. untuk budak first time yang kena buat cm aku nie, mesti lah aku tak reti. bahan dah ada. cumaa nak karang esei ilmiah sebanyak 3 k ni yang wat qibut ni. arhhhh . dengan nak exam trial nya tak lama lagi. and reall exam. eh lepas tu gi jenjalan. heheh tak sabar pulops. arghh! sedar tak aku kena lalui semua ni dulu sebelum nak capai kemanisan yang tak terkira nanti. ahhhhh!  hm aku tension sebab kawan2 aku smua nak habis dah. tu la bertangguh lagi farina oi!! dengan aku tak berapa sihat nya. keadaan cuaca yg panas skrg. batuk tak lega2 lagi. tension ai. hm aku harap aku dapat siapkan dengan jayanya. pray for me k. nanti aku update lagi. boiiiiiii 



pls; awat aku guna bahasa penang piau harini ye. hehe

btw, biasa ah tulisan singkat-singkat tu. dah terbiasa. okey cekidaut!
bye   :)

oh lupa satu lagi, pray for my tokwan. ade kat kpj. tengah sakit tua. hummmm. harap encik jiran dan keluarga bersabar ye dengan dugaan yg melanda. hehee sory ayat baku. daaaaaaaaa.

Monday 2 March 2015

Simple of me.

Assalamualaikum. 
fyi, esok aku ada kuiz untuk carry mark trial. usaha? boleh lew. so-so je. hehhe. Saje malas nak tension-tension jadi daku buka lah blog ku yg simple mimple niiii untuk hilangkan ke-stress-an aku di tahap skala ritcher. * lempang * ayat bm berterabur.  hewhew~

Yahh objektif kajian aku hapdet blog nie saje jee tetiba nak cerita pasal diriku ini yang tidak menarik lagi tidak istimewaaa. kahkahkah. ish! tak faham lagi? tengok tajuk la beb . . . 
based on the entry. beginiii lah aku. Being Imanfarina, myself, mine ahh and what so on aku just orang yang sangat simple. Maybe sebab hormone kelakian lebih sikit *ooops. hahaahha. sooo nafsu aku tak macam perempuan lain. i mean nafsu ke arah keperempuanan nie. ex: shopping, dressing and so on. akuu lebih prefer memilih untuk menjadi simple. 

ya. i do hate yang girl-girl lish. entah la. Macam tak minat sangat.
hehe. okeh for an example. contoh macam blog aku nie, tengok background pon cukup. putih jee. hehehe and tak banyak hiasan or widget2 segala mak nenek. sebab nyeee aku memang tak reti make over this blog suke benda serabut2 nie. 

haaa fyi kan, sejak2 habis spm haritu baru aku start menjadi lembut2 niee pakai skirt, baju yang cam nampak ayu2 sikit. HAHAHA ( hambekk KAUUU capslock!)  -baru nak grow. ngeh3. 
hm apa lagi ye.. okeh macam nak dressing kan, aku sukee yang simple2 jeee.. tak sukeee dapat tarikan dari mata2 lelaki or perempuan. aku akan dress up bila ada hari2 penting je. hari2 lain akuu jadi yeahh imanFAHRIN. haha. 

actually  disebabkan aku anak yg kedua, so aku sorang jee pelik sikit dari kakak adik aku. Both of then suka kondem aku herrrrrrrr. aku nie takda taste la, org tua la. pokoknya apa jaa choice aku mesti depa tak suka! ishhhhhhhhhhh. dah yang tu aku suka nak buat camna. aku suka yang simple and sejuk mata memandang. tak perlu terlalu obvious orang katee. simple2 cukup. hehhee
sebab tu la dlm taste aku, aku takk berapa minat lelaki yang hensem2 nie. simple2 cukup. 
eh encik jiran masuk dlm kategori yg mane eh?   *-*

 hmm nak bebel apa lagi ye. 
okey tada idea. tapi akuuu nak cerita lagi, ahh nanti la cerita lagi. mungkin ada PART 2. hahaha. * mcm org nak tahu/baca sangat kisah aku! 
:p


till next entry. Salam :)

p/s: Keep calm and be simple ;)

Saturday 21 February 2015

Tak Sabar

Assalamualaikum.

 sejak2 iphone aku rosak jammed itu hari, aku kerap-kerap sangat dah duk online laptop je. yelahhh sini je medium laman sosial boleh aku cari. dah habis facebook, pergi lak insta then pergi twitter then bla3 benda yang sama di ulang-ulang. 

tapi an, sejak sejak rasa diri dah besar ni enn *kikiki matang ke? :P  rasa kurang sikit nak stalking stalking kat facebook or ape je berkaitan dengan kawan-kawan aku. entah. rasa tak best je baca kisah depa. hahaha mungkin sebaya kot. rasa tak teruja sangat. soo bila aku bosan-bosan an, aku sukaa hadap blog orang lain yang lebih dewasa and dah kawin. best je bila baca kisah-kisah depa dahulu. sebelom berjaya. bila dah baca an, hah mule lahhh horman gatal aku datang. hikhik. 

 

tak shabarnyeeeeeeeeeeeeee......... nak habis belajar
tak shabarnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... nak sambung degree*doakan okey? 
tak shabarnyeeee.............. nak dapat kerja jadi cikgu.
tak sabarnyeeeeeeeee........... nak beli kereta/rumah dengan duit sendiri.
tak shabarnyeeeeeee................. nak kahwin. hahha gedik.


hehehe actually aku tak sabar nak lalui fasa yang lebih matang and stabil dalam kehidupan. entah. sekarang. umur aku sekarang 19. *tak cukup lagi okeh. 
hurm masih muda lagi. jauhh lagi perjalanan. Takkan nak belajar takat Stpm JE kannnn. mesti lah nak sambung degree. semua orang nak the best. so do i. 

yang penting Usaha Doa Tawakkal. inshaALLAH di permudahkan. 
nak berubah sennag tapi nak istiqamah, MasyaaAllah cabaran besar tahu. hmmmm ape pun kita sebagai manusia just tahu merancang, tapi Dia yang menentukan.
AllahumaYasiir Walatua'siir.. :)

Wednesday 18 February 2015

azam

Assalamualaikum. ye tahu dah lamaaa sangat tak update. time flows so fast. kejapp je dh nak masuk bulan 3 tahun 2015. lately busy sejakk masuk form 6. tapi ade je masa utk on lapp, main henfon, online fb and baca blog. hehe cuma mood nak tulis blog tu kadang2 je on/off. at the end tak update jugak. 







                                                                          *********


berbalik to the entry, every single people have a mission. so do i. fyi, i just finished my STPM exam sem 1. ye exam tu buat tahun lepas. and semalam(which is dua hari lepas) i already got the result(s). 
soo what do i guess memula mase dapat? since trial haritu cuma dapat 2.00, it actually scared me off. ya kawan-kawan yg mane dulu satu sekolah semua dapat 3 and above. but me, sitting in other school just get around 2 which is actually highest among others. the problem is, 2 is not enough to bring me to U in future. soo bila fikir balik mase pagi tu(result), hmm still tak confident dgn diri sendiri dapat ape. even target dalam diri since mula2 masuk form 6 nak dapat 2A 2B / 4B. but, bila dah masok, stpm is little bit tough actually. to get into that level, i have to strive hardly. 


pagi tu kelas mcm biasa. masa kuliah PA, semua pakat nervous dah. hehe aku? biasa-biasa je. tapi terkadang perasaan tu dtg, haih tak fokus terus dgr kuliah. soo lepas tu kelas sejarah. mcm biasa belajar. since its already 10 a.m, whole class dah mule tak fokus. masing2 sibuk kedek henfon nak check result. akuu ni ape lagi menyibuk tanya result depa. heee. 

so since cikgu dah sedar smua tak fokus, cikgu stop mengajar. and cikgu tawar nak check result kami. hahaha i'm freaking nervous that time. Marina(calon harapan) bagi dekat cikgu ic dia.  yahhh. bila dah check, cikgu bagitahu dia. aku pun menyibuk. hehe. bila dah tahu result dia, aku jadi takut. takut sangat sbb selain dia, kawan-kawan yg lain yg mane dh check dapat result biasa-biasa. hmmmm apa nasib aku? *dlm hati

after habis class, kami rehat. pergi kantin. ramai dah mule check. aku taknak check sbb takut. furthermore aku tak bawak henfon(boleh je pinjam henfon kawan). tapii still taknak check. time rehat en Jiran check, dia dah nervous dahh. haha send sms to mpm. then he got the replied. wooow dapat A utk subjek pp. bangga dgn dia. and remains he get C+. nice result. hmm since dia dah check, aku rasaa teruja pula nak check even takot.

 then naik je class balik, semua pakat check dah. and kawan2 yg lain ramai jugak yg dapat result elok. ape lagi lepas tu semua paksa aku suruh check. hahaa lagi highly nervous time tu.desakan-desakan terus berlanjutan. aku minta space. aku cakap nak check bersendirian. so i toook en Jiran henfon. then lelaju taip IC aku. hahhaaa. tapii tak hantar. then ambik masa lebih kurang 3 min camtu baca 'BismillahitawakkaltualAllah' THEN TERUS SEND. fuhhhhh! dupdapdup dap tunggu replied. bunyi sms masok then i see. 




                          PENGAJIAN AM- B
                          BAHASA MELAYU-B
                          SEJARAH-A
                          PENGAJIAN PERNIAGAAN -B


-alhamdulillah-

bersyukur sangat dalam hati. even frust sikit sbb tak dapat bm A. haritu trial A :(
Pointer keseluruhan sem pertama, 3.2. Alhamdulillah berjaya jugak dapatkan 3 and above. even tak gempak, tapi bolehh la nak buat penambahan utk sem seterusnya. yaa ini baru sem pertama. ada lagi sem dua n tiga. habis tu baru dapat result full STPM selepas di ambek average ketiga-tiga sem.
Azam aku utk stabilkan each sem utk rebut peluang sambung degree next year di Universiti tempatan. InsyaALLAH. apa-apa pun semuanya perlukan usaha. takde kejayaan yang akan datang bergolek. doakan aku. till next entry. :)



p/s: for my parents, i'll make you proud of me one day. all this is for both of u.
       en Jiran, pray for me always :')
       my friends, support me always. love all of u.






p