Wednesday 18 August 2021

NEW STATUS!

 Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama, hehehe. banyak dah berubah dalam hidup aku sebenarnya. Tahun 2019 adalah antara turning point dalam kehidupan aku dimana, antaranya mengenai hubungan percintaan aku yang dibina sejak dari 2013. Aku decide untuk stopkan hubungan itu. Sebab? Entah la aku rasa terlampau banyak bnda kena fix. But still kami masih berkawan. Benda tu berlaku hujung tahun ketika aku dan dia masing-masing praktikal dan di tahun akhir universiti. 

Kusangka kan pengakhiran dan persahabatan yang terjalin itu akan meredakan kedua-dua pihak, nampaknya kami memang di takdirkan untuk saling ada. Walaupun not in relationship, tetapi sama jaa macam still ada hubungan haha! tapi in better way sebab lebih hormat-menghormati kut? hehe.  kami biarkan semuanya berlaku sampailah menjengah awal tahun 2020, ketika di akhir semesterku yang terakhir, si dia dapat offer untuk rekrut polis. Benda yang di tunggu2. im hepi for him sebab memang tu cita-cita dia dari awal kami kenal. aku sokong je. At that time, aku rasa kami memang akan melangkah ke fasa baru masing2. Yelah dia kejar cita-cita dia dan aku akan bina kehidupan aku since aku bakal tamat belajar lagi 2 bulan gitu. 

rupa-rupanya si dia dah plan untuk ikat aku! ya dia ajak aku bertunang. time tu bulan Februari 2020!



to be continued.