Wednesday 18 August 2021

NEW STATUS!

 Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama, hehehe. banyak dah berubah dalam hidup aku sebenarnya. Tahun 2019 adalah antara turning point dalam kehidupan aku dimana, antaranya mengenai hubungan percintaan aku yang dibina sejak dari 2013. Aku decide untuk stopkan hubungan itu. Sebab? Entah la aku rasa terlampau banyak bnda kena fix. But still kami masih berkawan. Benda tu berlaku hujung tahun ketika aku dan dia masing-masing praktikal dan di tahun akhir universiti. 

Kusangka kan pengakhiran dan persahabatan yang terjalin itu akan meredakan kedua-dua pihak, nampaknya kami memang di takdirkan untuk saling ada. Walaupun not in relationship, tetapi sama jaa macam still ada hubungan haha! tapi in better way sebab lebih hormat-menghormati kut? hehe.  kami biarkan semuanya berlaku sampailah menjengah awal tahun 2020, ketika di akhir semesterku yang terakhir, si dia dapat offer untuk rekrut polis. Benda yang di tunggu2. im hepi for him sebab memang tu cita-cita dia dari awal kami kenal. aku sokong je. At that time, aku rasa kami memang akan melangkah ke fasa baru masing2. Yelah dia kejar cita-cita dia dan aku akan bina kehidupan aku since aku bakal tamat belajar lagi 2 bulan gitu. 

rupa-rupanya si dia dah plan untuk ikat aku! ya dia ajak aku bertunang. time tu bulan Februari 2020!



to be continued.

Tuesday 28 January 2020

Wawasan 2020

Assalamualaikum. so harini aku kembali menaip di lembaran tahun yang baharu. Kini usiaku telah menjejak ke umur 24 tahun. Umur yang sangat aku inginkan pada waktu dahulu dimana aku ingin melayari alam sewasa. Namun kini aku barulah sedar bahawa betapa banyaknya komitmen dan tanggungjawab yang perlu digalas pabila mencapai umur sekarang. 

fokus utama aku pada tahun ni adalah dua benda. iaitu aku nak perbetul diri dalam hal agama. dan kedua aku nak belajar kukuhkan ekonomi. 

Dan ada juga perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk membina pembangunan diri secara holistik dari segi sahsiah mahupun pembangunan material. 

Menamatkan zaman bujang? 
Oh mungkin bukan pada tahun ini. Kini perancangan hidupku telah berubah. Aku nak perbetul dulu hidup aku, stabilkan diri dari segi ekonomi, bantu family dahulu, mantapkan ilmu agama, banyak sangat kekurangan dalam diri ni. Jika aku berkahwin, bagaimana nak tunaikan amanah yang bakal diberi iaitu anak jika aku sendiri pun banyak kekurangannya. Aku nak bina jati diri rohani yang tinggi dulu. Supaya aku dapat bina keluarga yang sakinah mawaddah. Nak jadi anak yang solehah dan juga isteri yang penyejuk mata.  Perkahwinan bukan benda kecil. Aku nak keluarga baru aku hidup dalam Islam yang betul. Aku berharap di kurniakan suami yang dapat membimbing diri yang kurang ilmu agama ini. Tapi pada masa ini biarlah aku perlahan-lahan mencari agama. 

Jadi marilah mencatit sedikit wawasan 2020 farina idris, 

Pemantapan agama
-Perbetul bacaan/rukun solat
-Taknak tinggal solat dengan sengaja
-Solat di awal waktu
-Solat Dhuha harihari atau at least 3 kali minimum seminggu 
-Solat Tahajud seminggu sekali
-Solat Taubat selepas isyak hari hari
-Solat Sunat Qabliyyah Subuh 
-Baca alquran setiap hari lepas maghrib/dhuha
-Alkahfi di hari Jumaat
-Menghafal surah Ar rahman, Al waqiah, Al Mulk, Al Kahfi
-Selawat at least 1K sehari
-Pakai handsock

Pemantapan ekonomi
-Nak belajar saving dengan betul
-Nak buat bajet 
-Nak urus duit dengan betul

 So basically, apa aku nak capai dalam tahun ni adalah: 
1) Grad on time october
2) Start kerja bulan 7
3) Beli kereta/book rumah bulan 10
4)Berat 50kg
5) Expert masak lauk ( 1 bulan 2 lauk ) . Actually bab masak masakan panas, masakan set, side dish, minum petang, minum malam, pagi,  aku rasa aku dah lulus dah semua. cuma nak masak lauk je out sikit sbb aku jenis yang suka makan lauk simple dengan nasi putih. So nak taknak kena la masuk dapur untuk belajar masak lauk canggih sikit sebab nak jaga suami nanti ehehe. 


ok la nanti pulak sambung. Actually ni bukan secara menyeluruh pon. nanti lak aku tulis lain.

Tuesday 3 December 2019

Percintaan

Assalamualaikum. 
Harini tetiba aku terbuka hati nak mencoret kat sini setelah bertahun tak buka dan menyinggah di blog kesayangan. 

Seperti tajuk yang telah aku coretkan. 
Aku dilema dan dan terperangkap dalam konflik percintaan. Tak pernah aku tulis pasal kehidupan peribadi aku. Tapi entah rasa nak meluah harini. 

Perkenalan yang tak dijangka, aku berkawan dengan seorang lelaki. Sedari umur menghampiri 24 tahun, aku tidak mahu lagi kecundang dalam percintaan lepas yang mengambil masa 6 tahun. Bermula dengan istikharah, aku kentalkan diri cuba mengenali lelaki ini, aku selesa dengannya dan aku sangat adore dengan sikapnya. Atittude-nya yang sangat menyempurnakan ciri-ciri lelaki idaman aku, membuatkan aku terima dia sebagai pasangan aku. 

Ku sangka kan aku hanya menyimpan perasaan seorang diri, si dia memberi tanda dan respon balas positif. Namun kini apabila sudah menjangkau beberapa ketika, aku mula persoalkan, adakah dia jodoh aku yang sebenar? atau hanya ujian untuk aku atau persinggahan sementara yang datang mengisi hati ku? Wallahualam. Sepertinya aku serik dengan percintaan sehinggakan aku tidak pandai develop hubungan yang sekarang. Bukan serik tetapi aku jadi amat berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap tingkah laku yang aku mulakan. 

Entah la wahai blog kesayanganku, kita lihat bagaimana percaturan Allah untuk aku. Kini, aku hanya mampu berdoa dan perbetul diri sendiri dalam ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu kemanusiaan dan ilmu kehidupan untuk menjadi bekal pada masa akan datang. 

Till next entry. 

Thursday 10 October 2019

Farina dah dewasa.

As-salamualay-kum.

Sekian lama tak mencoret dekat sini. Rindu sangat dengan blog aku ni. 
Bukan tak ingat tapi daya untuk mencoret disini dah kurang sebabkan banyak lagi medium yang lebih ringkas. But still, i love to share my life experiennce in this blog. Orang cakap the first thing yang kita suka takkan sama dengan yang baru right? 

Menginjak ke akhir hujung tahun 2019, sedar tak sedar sekarang aku dah menjadi student final year di universiti. Perjalanan degree ini macam-macam liku dan pengalaman yang aku dh dapat. InsyaAllah aku akan ceritakan satu persatu benda yang menjadi wow factor. Aku kira aku dah cukup kutip banyak sangat pengalaman yang aku nak. Dan sekarang masa untuk aku fikir tentang masa depan dan kerjaya. Alhamdulillah perancangan Allah terbaik. Banyak sangat benda dan perkara yang aku plan 5 tahun lepas, yang semuanya going ikut flow. Syukur ya Allah. Terima kasih atas nikmat ini. Moga aku dan kamu dan kita semua dipermudahkan urusan lagi selepas ini dan diberkati hendak-Nya. Aminnn. yra. 

Till next entry. 


p/s: exercise and ambik aura dulu. Moga ada semangat untuk update lagi hee.


Love,
imanfarina.

Sunday 12 February 2017

new life as degree student.

Assalamualaikum. dipendekkan cerita , habis je aku f6 haritu, berbekalkan result 3.5 aku ditawarkan kos pengurusan awam di UUM dan USM kos sains kemasyarakatan. Aku memilih sambung di usm je becoz certain reason. Kehidupan di usm? disini aku belajar erti kehidupan. semuanya bergantung dekat diri kita sendiri. apa yang kita buat, yang tu kita akan dapat. Kehidupan sem 1 aku tidak begitu bahagia disebabkan masalah baru nak adapt and rasa takda kawan yang dapat aku luah perasaan aku and terdapat jugak masalah dalaman lain + aku kerap tak sihat. motivation ttg belajar mmg agak down sebab nya dulu dah struggle beljar utk masok u. bila dah dapat masok, rasa mcm dah berjaya and x perlu buat apa -____- . ya kehidupan degree lebih kurang f6 cumanya entahlah kenapa aku x belajar bebetul. result baru keluar and result aku so so ja untuk sem 1. agak down tapi xlah kecewa sangat sebab setimpal lah dengan usaha aku yang biasa-biasa. melangkah ke sem 2 esok hari, inshaALLAH aku akan lakukan yang bebaik. dah xmau tak serius macam dulu. dapat dah motivation belajar utk diri sendiri. aku harap semua urusan dan plan aku dipermudahkan.

***

ok, ingat tak dulu aku ada update tentang birthday wishlist? http://imanfarina.blogspot.my/2015/08/merdeka-and-checklist.html . nihaa aku update time 2015 iaitu time aku form six. then setahun lepas tu, time hari tu, aku angkat sumpah  sebagai student usm. kira macam official lah. alhamdulillah wishlist aku yang pertama dah tertunai. dan 4 lagi wishlist aku tu tengah ondeway and in progress. kejap ja dah masok 2017. inshaAllah kalau umur panjang dan dipermudahkan 3 tahun lagi habis lah aku berdegree ni dan grad. amin.. harap semuanya dipermudahkan lah. dalam pada itu jugak, ada lah beberapa azam (wishlist lah jugak) yg aku nak capai. tapi nanti lah aku update lagi ye. ok. as salam.

Thursday 11 August 2016

Tajuk dan life.

ASSALAMUALAIKUM.
Lamanya aku tak mencoret kat sini. bad news, this gonna be a short post only.
based on title kalini,, aku just nak highlited apa dh jadi aku. then later i story ok. ( later ntah bila lah. pandai berjanji je dak ina ni *SORRY lolololo :P*

habis spm ( 2013) ---> kerja hindoe shop (first time experience keje weh haruslah highlited!) ---> Ambik lesen kereta ( lesen moto dh ada masa f4) ---> masuk f6 ambik STPM(2014 until 2015) ---> kerja Shushi (second kerja)---> kerja cashier di MYDIN (THIRD and awesome!) ---> kerja DIY --->
~alhamdulillah result keluar dan i managed to get myself into degree life di USM.
Okay. pray for me k? orientasi next two week. sekarang busy sikit. hahaha kerja busy ja aku dari dulu. okk nite :)


As salam.

Monday 15 February 2016

say hi :)

Assalamualaikum.
haa sudah lama aku menghilang. sebenarnya bukan menghilang. ada ja hari2 bukak blog. tapi nak menulis tuee adehhhhh kena amek mood. ok lah ok lah mesti nak tau kan keadaaan aku sekarang> sedar tak sedar dah 2 bulan masok 2016. hee dan banyak jugak story yang ai tak cerita kat sini. bukan lupa. ermmm. 

ok haritu masa tak habis lagi stpm and dalam mood exam, i ada cerita kan nak expertkan skill memasak ai sempena dah masok 20 ni. hihi alhamdulillah adalah beberapa menu yang berjaya aku buat. cumanyaa tak berani lagi nak kongsikan kat sini. hahah sebenarnya bukan tak berani tapiii banyak betul kekurangan ai. maybe kena beli handfone baru dulu kut senang teros post and blog dari situ . Al maklumlah henfon sekrang banyak betul masalahnya. 

fyi, baru-baru ni ai bekerjaya sebentar. kerja apa? Shushiiiiiiiiii! penah makan tak?? ok later i story. aduuu banyak nau tertangguh citer. now i tengah dilanda chicken pox. hmmm now jugak serabut nak apply u and sesambil tu bizi nak study utk repeat. Repeat?? aduuu jangan la ingat aku ni kemain bangang kene repeat2, aduu ai nak elokkan lagi pointer keseluruhan ai. inshaALLah. moga Allah permudahkan. okey later on lah selesai je exam, i cerita lebih detail hokeyy. ok Assalamualaikum. stay tuned :)