Tuesday 28 January 2020

Wawasan 2020

Assalamualaikum. so harini aku kembali menaip di lembaran tahun yang baharu. Kini usiaku telah menjejak ke umur 24 tahun. Umur yang sangat aku inginkan pada waktu dahulu dimana aku ingin melayari alam sewasa. Namun kini aku barulah sedar bahawa betapa banyaknya komitmen dan tanggungjawab yang perlu digalas pabila mencapai umur sekarang. 

fokus utama aku pada tahun ni adalah dua benda. iaitu aku nak perbetul diri dalam hal agama. dan kedua aku nak belajar kukuhkan ekonomi. 

Dan ada juga perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk membina pembangunan diri secara holistik dari segi sahsiah mahupun pembangunan material. 

Menamatkan zaman bujang? 
Oh mungkin bukan pada tahun ini. Kini perancangan hidupku telah berubah. Aku nak perbetul dulu hidup aku, stabilkan diri dari segi ekonomi, bantu family dahulu, mantapkan ilmu agama, banyak sangat kekurangan dalam diri ni. Jika aku berkahwin, bagaimana nak tunaikan amanah yang bakal diberi iaitu anak jika aku sendiri pun banyak kekurangannya. Aku nak bina jati diri rohani yang tinggi dulu. Supaya aku dapat bina keluarga yang sakinah mawaddah. Nak jadi anak yang solehah dan juga isteri yang penyejuk mata.  Perkahwinan bukan benda kecil. Aku nak keluarga baru aku hidup dalam Islam yang betul. Aku berharap di kurniakan suami yang dapat membimbing diri yang kurang ilmu agama ini. Tapi pada masa ini biarlah aku perlahan-lahan mencari agama. 

Jadi marilah mencatit sedikit wawasan 2020 farina idris, 

Pemantapan agama
-Perbetul bacaan/rukun solat
-Taknak tinggal solat dengan sengaja
-Solat di awal waktu
-Solat Dhuha harihari atau at least 3 kali minimum seminggu 
-Solat Tahajud seminggu sekali
-Solat Taubat selepas isyak hari hari
-Solat Sunat Qabliyyah Subuh 
-Baca alquran setiap hari lepas maghrib/dhuha
-Alkahfi di hari Jumaat
-Menghafal surah Ar rahman, Al waqiah, Al Mulk, Al Kahfi
-Selawat at least 1K sehari
-Pakai handsock

Pemantapan ekonomi
-Nak belajar saving dengan betul
-Nak buat bajet 
-Nak urus duit dengan betul

 So basically, apa aku nak capai dalam tahun ni adalah: 
1) Grad on time october
2) Start kerja bulan 7
3) Beli kereta/book rumah bulan 10
4)Berat 50kg
5) Expert masak lauk ( 1 bulan 2 lauk ) . Actually bab masak masakan panas, masakan set, side dish, minum petang, minum malam, pagi,  aku rasa aku dah lulus dah semua. cuma nak masak lauk je out sikit sbb aku jenis yang suka makan lauk simple dengan nasi putih. So nak taknak kena la masuk dapur untuk belajar masak lauk canggih sikit sebab nak jaga suami nanti ehehe. 


ok la nanti pulak sambung. Actually ni bukan secara menyeluruh pon. nanti lak aku tulis lain.

No comments:

Post a Comment