Tuesday 3 December 2019

Percintaan

Assalamualaikum. 
Harini tetiba aku terbuka hati nak mencoret kat sini setelah bertahun tak buka dan menyinggah di blog kesayangan. 

Seperti tajuk yang telah aku coretkan. 
Aku dilema dan dan terperangkap dalam konflik percintaan. Tak pernah aku tulis pasal kehidupan peribadi aku. Tapi entah rasa nak meluah harini. 

Perkenalan yang tak dijangka, aku berkawan dengan seorang lelaki. Sedari umur menghampiri 24 tahun, aku tidak mahu lagi kecundang dalam percintaan lepas yang mengambil masa 6 tahun. Bermula dengan istikharah, aku kentalkan diri cuba mengenali lelaki ini, aku selesa dengannya dan aku sangat adore dengan sikapnya. Atittude-nya yang sangat menyempurnakan ciri-ciri lelaki idaman aku, membuatkan aku terima dia sebagai pasangan aku. 

Ku sangka kan aku hanya menyimpan perasaan seorang diri, si dia memberi tanda dan respon balas positif. Namun kini apabila sudah menjangkau beberapa ketika, aku mula persoalkan, adakah dia jodoh aku yang sebenar? atau hanya ujian untuk aku atau persinggahan sementara yang datang mengisi hati ku? Wallahualam. Sepertinya aku serik dengan percintaan sehinggakan aku tidak pandai develop hubungan yang sekarang. Bukan serik tetapi aku jadi amat berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap tingkah laku yang aku mulakan. 

Entah la wahai blog kesayanganku, kita lihat bagaimana percaturan Allah untuk aku. Kini, aku hanya mampu berdoa dan perbetul diri sendiri dalam ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu kemanusiaan dan ilmu kehidupan untuk menjadi bekal pada masa akan datang. 

Till next entry. 

Thursday 10 October 2019

Farina dah dewasa.

As-salamualay-kum.

Sekian lama tak mencoret dekat sini. Rindu sangat dengan blog aku ni. 
Bukan tak ingat tapi daya untuk mencoret disini dah kurang sebabkan banyak lagi medium yang lebih ringkas. But still, i love to share my life experiennce in this blog. Orang cakap the first thing yang kita suka takkan sama dengan yang baru right? 

Menginjak ke akhir hujung tahun 2019, sedar tak sedar sekarang aku dah menjadi student final year di universiti. Perjalanan degree ini macam-macam liku dan pengalaman yang aku dh dapat. InsyaAllah aku akan ceritakan satu persatu benda yang menjadi wow factor. Aku kira aku dah cukup kutip banyak sangat pengalaman yang aku nak. Dan sekarang masa untuk aku fikir tentang masa depan dan kerjaya. Alhamdulillah perancangan Allah terbaik. Banyak sangat benda dan perkara yang aku plan 5 tahun lepas, yang semuanya going ikut flow. Syukur ya Allah. Terima kasih atas nikmat ini. Moga aku dan kamu dan kita semua dipermudahkan urusan lagi selepas ini dan diberkati hendak-Nya. Aminnn. yra. 

Till next entry. 


p/s: exercise and ambik aura dulu. Moga ada semangat untuk update lagi hee.


Love,
imanfarina.